Categories
Ingin Bina Blog Klik Di Sini
TunJulia.com recommends Mozilla Firefox 3 for best viewing this site. Download it now by clicking the button below.

Spread Firefox Affiliate Button

Archive for the ‘Working Hours’ Category

Bersempena menyambut Syawal yang bakal tiba tak lama lagi, RTM menerusi program Ole-Ole Raya RTM 2010, telah menjelajah beberapa tempat untuk mengedarkan hamper raya dan juga duit raya..  Pada 2 september 2010 yang lalu iaitu bersamaan dengan hari Khamis, program Ole-Ole Raya RTM 2010 ini telah ke wad Pediatrik Hospital Kajang untuk mengedarkan hamper dan duit raya kepada kira-kira 30 pesakit di sana.

aku tgh bagi duit raya.. hehehehe…bukan duit aku pun.. tolong bagi je… ngeeee…

Untuk lawatan ini, krew Panorama telah dijemput untuk bersama-sama mengedarkan sumbangan tersebut. Selain Panorama, rombongan turut disertai oleh Penyampai-penyampai Radio Traxx fm, host dari rancangan kanak-kanak Lava Kids dan Cik Cik Kaboom serta ramai lagi.

Persembahan Puppet

Kakak Panorama bersama host Cik Cik Kaboom yg kiut miut….

Kedatangan kami telah disambut mesra oleh kakitangan hospital, yang juga memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang 2 jam kami berada di sana. Yelah masing-masing tengah sibuk bekerja, tapi tetap tersenyum melayan kami. Malah Pengarah Hospital Kajang iaitu Dr Kuldip Kaur a/p Prem Singh turut meluangkan masa untuk menyertai program RTM ini..Tengkiu semua… =)

Lawatan dimulakan dengan persembahan puppet, kemudiannya nyanyian lagu raya, sesi bergambar dan seterusnya pengagihan hamper dan duit raya. Hmm walaupun tak seberapa, tapi sedikit sebanyak dapat menggembiraan kanak-kanak disini.. Cepat-cepat sembuh ye dik, nanti boleh berhari raya bersama-sama.. =)

*click on image to enlarge

  • Share/Bookmark

Wah apekah?? ape maknanya semua itu?? dah raya? puasa pun baru start.. huhu..

Alkisahnya, memang seronok keje kat stesen tv ni.. hihihi… semuanya kita buat dulu dari orang lain… keh keh keh.. Macam tahun-tahun yang lepas, Panorama biasanya akan shoot awal untuk program Panorama Edisi Hari Raya. Seperti biasa juga, penggambaran akan dibuat diluar Malaysia.. Sebelum ni Panorama pernah membuat rakaman hari raya di Australia, Morocco, Taiwan, Beijing dan beberapa negara lain. Tahun ini kami telah memilih Jakarta, Indonesia sebagai lokasi rakaman Panorama Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri.

Apa yang kami lakukan adalah membuat penggambaran persiapan raya, berbuka puasa dan berhari raya bersama warga Malaysia di Indonesia. Penggambaran dibuat di dua tempat iaitu di Apartment Salemba Residence bersama pelajar-pelajar medic dan di Ascott bersama keluarga Malaysia yang menetap di Jakarta. Kalau ikut suasana dan persiapan memang biasa je.. tak jauh berbeza dengan Malaysia.. yela satu rumpun, rupa dan bahasa pun lebih kurang sama. Nak pulak, ramai giler warga Indonesia yang menetap di Malaysia. Maka, kita semua dah biasa dikelilingi oleh orang dari seberang.. hehehe… Tapi ape yang bestnyer, semasa rakaman dibuat, sambutan dari warga Malaysia di sana besttttt sangat.. Sporting giler.. especially semasa rakaman di Ascott.. waaahhhh gembira nya bertemu dengan keluarga-keluarga Malaysia. Terasa macam family sendiri. Mesraaa sangat !! Sepanjang rakaman, gelakkk memanjang. Really miss d moment!! =)

Ascott Jakarta Apartment

Antara warga Malaysia yang tersadai di Jakarta, Indonesia… hehehe…

Sebelum itu, kami juga sempat membuat rakaman mock up raya ini di pejabat Apple Vacations & Conventions Sdn Bhd yang terletak di Jalan Bukit Bintang.  Terima Kasih sangat kepada Dato Lee, pemilik Apple Vacations yang sudi menjemput dan menaja team Panorama.. hmm thanks jugak untuk duit raya tu.. hehehe…

Apple Vacations & Conventions Sdn Bhd

Special thanks buat team di Jakarta iaitu En Jamal pemilik Apartment Salemba Residence, Pak Dwiyan yang sporting melayan karenah kami [erk karenah aku n jiena je.. huhu], Pak Donald yang setia menjadi supir kami, Kak Su dan Abg Rahizan yang jadi host di Ascott.. Korang memang rocks!! Serta semua lah yang terlibat… waaaaaaaaaaa rindu sangat korang dan saat berjimba-jimba di Jakarta !!!

*click on image to enlarge

  • Share/Bookmark

Y. Bhg Dato’ Hasan Nawawi bin Abd Rahman dan en Mohd Ridhwan bin Abd Rahman merupakan dua adik beradik yang menjadi anak Malaysia pertama berbasikal mengelilingi dunia  selama 389 hari pada tahun 2002 dan tercatat di dalam Guiness of Record Malaysia. Setelah lebih 7 tahun, rekod ini masih belum dipecahkan oleh mana-mana rakyat Malaysia. Oleh itu Projek Berbasikal Mengelilingi Dunia Kedua telah di cetuskan. Dua lagi anak malaysia yang pernah memegang rekod berbasikal mengelilingi Malaysia kini cuba mencipta nama pula dengan sasaran baru untuk menjelajah dunia.

Buku Catatan Perjalanan oleh Y. Bhg Dato’ Hasan Nawawi

Mohd Aswad bin Zainal dan Abd Khalib bin Zakaria, telah dipilih dan dilatih oleh Y. Bhg Dato’ Hasan Nawawi sendiri akan memulakan penjelajahan yang mengambil masa 288 hari itu pada 1 Julai 2010 melalui Projek Berbasikal Mengelilingi Dunia (BMD) kedua. Mereka juga berhasrat memecah rekod dengan berkayuh mengelilingi dunia dalam tempoh 288 hari iaitu kurang 100 dari dari rekod pertama.

Untuk memantapkan lagi stamina dan persediaan mereka ni, maka latihan yang intensif telah dilakukan terutamanya di bulan-bulan terakhir sebelum pemergian mereka. Krew Panorama turut sama mengikuti sesi latihan yang dijalankan di Cameron Highland, Ipoh dan Kuala Kangsar. Latihan ini turut disertai oleh kira-kira 40 staf Majlis Perbandaran Kajang yang juga aktif di dalam sukan berbasikal. Kehadiran mereka adalah sebagai sokongan dan pembakar semangat kepada dua wira negara itu.

Cameron Highland ~ 2 orang baju biru tu lah wira negaranyerr..

Kuala Kangsar

Secara kasarnya memang nampak mereka berdua ni memang sudah bersedia dari segi fizikal dan yang paling penting adalah mentalnya.. Aku yang konon-konon nak join mengayuh basikal sama pun, dah pancit dipertengahan jalan. huhuhu.. Maka, aku follow ngan van je la..

Lagi beberapa hari dah nak 1 Julai dah.. Mereka dah nak bertolak pun.. 288 hari, lama tuuu… Raya pun kat mana-mana ntah !! hmm..diharapkan wira kita ni iaitu Mohd Aswad bin Zainal dan Abd Khalib bin Zakaria, akan berjaya membawa misi negara serta selamat pergi dan selamat pulang.. Malaysia Boleh !!

*click on image to enlarge

  • Share/Bookmark

Bandar Betong wilayah Yala Thailand, mungkin tak sepopular dan sehebat bandar lain di Thailand seperti Phuket, Hatyai, Bangkok dan sebagainya. Tapi Betong tetap boleh menjadi tempat yang menarik untuk dikunjungi. Betong sangat sinonim dengan panggilan Markas Komunis Malaya kerana di sini merupakan kubu kuat Angkatan Bersenjata Komunis Malaya. Kebanyakkan ahli mahupon Gerila Komunis akan ke Betong bagi menjalani latihan ketenteraan semasa zaman penjajahan British dan semasa pendudukan Jepun hinggalah ke zaman pemerintahan kerajaan Malaysia pada 1974.

Terowong Piyamit atau lebih dikenali sebagai Terowong Komunis, merupakan antara saksi bisu tentang kesungguhan komunis yang mahu memerintah Malaya suatu masa dulu. Terowong Komunis ini merupakan tempat persembunyian Parti Komunis Malaya di Betong, Yala yang diketuai Chin Peng. Terowong sejauh 1 kilometer ini dibina pada tahun 1976 dan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Ia disiapkan oleh 50 orang Anggota Rejimen Parti Komunis Malaya dengan hanya menggunakan cangkul.. Haihh rajinnyer dorang ni.. Yerla bayangkan, untuk mengorek terowong sedalam hampir 30 kaki itu, ia perlu dilakukan 5 minit bagi setiap seorang kerana oksigen yang tidak mencukupi dan bahang yang panas.

Pintu Masuk ke Piyamit Tunnel

Ni public transport nyer..

Masa mula-mula masuk dalam terowong tu aku menggelabah la jugak. Bukan ape, rasa macam tertutup sangat.. takut lemas la, takut tanah runtuh la.. Heran betul macam mana komunis-komunis tu boleh tinggal dalam tempat macam ni. Keras betul hati dorang. Kami diberitahu yang pengganas komunis boleh tidur dalam terowong itu berbulan lamanya. Kalau aku, dah gila dah.. huhuh..

Dalam terowong.. sempit seh !!

Terowong Komunis mampu menempatkan 300 ratus orang dalam satu masa. Ia lengkap dengan segala keperluan seperti tempat memasak, bilik tidur,  tempat menyimpan makanan, tempat menyimpan barang perang dan juga berselindung dari musuh. Tapi satu benda aku kagum, komunis-komunis ni memang kreatif. Macam-macam ciptaan yang kita boleh tengok di terowong ni, hasil dari idea dorang supaya tidak dapat dikesan oleh pihak British dan pasukan keselamatan Malaysia. Rasanya tak terjangkau oleh pemikiran kita. Terdapat beberapa pecahan laluan disini, tapi ade beberapa laluan yang ditutup dan tak boleh kami masuk kerana jaraknya yang agak jauh. Yerla kitorang main redah je masuk, takde guider pun, kot apa-apa jadi susah pulak.

Diluar terowong, dibina sebuah muzium yang menempatkan pelbagai barangan tinggalan komunis seperti barang dapur, radio, mesin jahit, senjata, pakaian dan macam-macam lagi. Informasi mengenai sejarah dan kronologi kedatangan komunis juga turut di sediakan di muzium itu.

Komunis depan muzium!! =)

Jadi kalau datang ke Thailand elok lah pegi melawat ke ‘rumah’ komunis ni.. Tiket masuk pun murah je.. RM5.. =) Dapat la jugak tambahkan ilmu dan keinsafan.. Takla asyik nak ke ‘rumah ayam’ je.. hehehe..

*click on image to enlarge

  • Share/Bookmark

Wahhh dah lama tak update blog.. busy nyerr lately ni. Kalau ade masa pun sebukkk habiskan dengan tidooo je… huhuhu..

Pada 11 hingga 13hb Jun yang lalu, team Panorama telah dijemput oleh Kelab Kembara 4×4 Selangor untuk menyertai konvoi amal yang kali kedua dianjurkan oleh mereka. Konvoi ni bertujuan untuk memberi bantuan kepada beberapa rumah anak yatim dan masjid yang terpilih. Bantuan dalam bentuk duit, makanan, pakaian, barang elektrik dan sebagainya. Perjalanan kami dari Kuala Lumpur melalui Gerik, Pengkalan Hulu dan terus ke Yala, Thailand. Konvoi ini turut dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (Bluemosque Charity Network), SCS Communication And Event dan Bernama Radio 24.

Lebih kurang 40 buah kenderaan dari pelbagai jenis menyertai konvoi kali ini. Perjalanannya pula memang lama la.. sebab singgah-singgah. Naseb baek la banyak persinggahan, kalau tak sementara nak menyampaikan ke sempadan Malaysia – Thailand tu, kebas pulak badan aku nanti.. huhu..

Tapi sepanjang perjalanan memang best. Bayangkan lah bukan senang nak control 40 buah kereta dalam satu konvoi. Macam-macam benda berlaku.. Tapi ade yang lucu jugak. Sampaikan aku tak terasa sangat perjalanan jauh tu..Syabas kepada pihak penganjur.

Asrama Anak Yatim Ummu Salamah , Gerik , Perak

Secara jujur ini 1st time aku betul2 terlibat dalam kerja amal yang melibatkan anak yatim ni. Sedih jugak tengok diorang. Yerla, betapa bersyukurnya aku yang masih mempunyai ibu bapa dan adik-beradik walaupun aku dah dewasa sekarang. Lagipun rumah anak yatim di sempadan Malaysia-Thailand dan di Thailand sendiri tidak sama seperti dibandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Semuanya serba kekurangan. Kurang mendapat sumbangan dan macam-macam masalah lagi la.. aku sempat mendekati seorang kanak2 perempuan berumur 10 tahun di Kediaman Abu Nur, Pengkalan Hulu Perak. Katanya dia baru setahun tinggal disitu setelah kedua2 ibu bapanya meninggal dunia. Adik-beradik pun takde. Aku pun tanya, ok tak tinggal kat sini?.. dengan muka berkerut-kerut dia menjawab..”Bolehla..”.. Hmm aku paham, bertahun-tahun tinggal dengan mak bapak. Boleh tengok tv, manja-manja, makan tak ikut time.. tetiba terpaksa tinggal di rumah anak yatim.. Tentu susah dia nak sesuaikan diri.. Sabarla sayang, mesti ada hikmah di sebaliknya.. =)

St Joseph’s Home , Betong , Yala Thailand

Masjid Al-Jamik Al-Ahmadi , Betong , Thailand

Disamping beramal, pihak penganjur juga turut membawa kami bersiar-siar di Betong. Sempat la singgah di Terowong Piyamit atau lebih dikenali dengan nama Terowong Komunis. Tempat komunis la tu. Best la, aku kan suka tengok benda-benda sejarah ni. huhu.. Yang tak boleh tahannyer, ade pulak tok imam siam ni siap bagi kad kepada salah satu peserta konvoi. Katanyer kalau ade urusan ‘shakehands’ ni boleh la jumpa dia. Dijamin settle punyer.. Akad nikah la tu !! Adesss….

Kecik je pekannyer..

Piyamit Tunnel

Secara keseluruhannya, Konvoi Amal 2010 ini memang sempoi gilerr.. Disamping beramal, kami semua melalui perjalanan yang sangaattt meriah dengan gelak tawa.. Terima Kasih kepada pihak penganjur especially Kelab Kembara 4×4 Selangor.

Special Thanks to en Razi dan en Kamarulzaman, yang byk membantu pihak RTM..err lain kali jemputla Panorama lagi..hehe.. To en Aju dan Hj Ijam wonderpets yang gila-gila n cute, korang memang rocks!!..haha.. and also Hj Ajip yang sangaattt coolll… Semua sekali lah !! To the Panorama team, Onah producerku sayang, M Razali and Zul Abbas.. we did a gud job yeahh !!

The Team ~ Rombongan cik Kiah..huhu..

Hmm semasa dalam perjalanan konvoi ini, kami semua telah dikejutkan dengan pemergian salah seorang peserta konvoi yg meninggal dunia akibat serangan asma. Segalanya berlaku secara tiba-tiba. Takziah kepada keluarganya dan Al-Fatihah…

*click on image to enlarge

  • Share/Bookmark
Thanks for dropping by..

Panorama
Watch me on Panorama every Thursday at 9.30 pm on RTM 1 or watch previous episodes online by clicking the above image.

Join us as a fan of Panorama RTM on Facebook
Panorama RTM @ Facebook

BlogMalaysia.com

Mybakery@niaga2u.com