Categories
Ingin Bina Blog Klik Di Sini
TunJulia.com recommends Mozilla Firefox 3 for best viewing this site. Download it now by clicking the button below.

Spread Firefox Affiliate Button

Archive for the ‘General’ Category

Pada 24hb Ogos 2010 yang lalu, RTM telah melancarkan program Ole-Ole Raya RTM 2010 bertempat di Padang Semarak Angkasapuri. Aku diberi peluang jadi MC untuk majlis tu, bergandingan dengan penyampai Radio Klasik Nasional iaitu En Haris Mat Nor.

Program ini adalah bersempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang, maka RTM mengedarkan sebanyak 8,000 pek mini kuih raya serta 250 hamper kepada mereka yang pulang ke kampung serta golongan yang memerlukan. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Datuk Norhayati Ismail. Empat jenis kuih yang melambangkan 1Malaysia iaitu dodol, bahulu, maruku dan kuih goyang yang dibuat sendiri oleh kakitangan daripada 17 unit di bawah naungan RTM, akan diedarkan melalui program itu.

Sebelum start keje, posing dulu.. hehehe

Agihan pertama akan dilakukan pada hari Sabtu 28hb Ogos ini di Bazar Raya Jalan Masjid India, disusuli Hentian Bas Jalan Duta, Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan Hentian Bas Bukit Jalil pada 1 Sept. Program seterusnya ialah di Wad Pediatrik Hospital Kajang dan Rumah Orang-Orang Tua Lovely Home, Kelana Jaya yang membabitkan sumbangan hamper istimewa kuih raya serta duit raya kepada 30 pesakit dan 60 penghuni terpilih pada 2 Sept. Program Ole-Ole Raya akan berakhir pada 6 Sept di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah Selatan), R&R Jejantas Sungai Buloh (arah Utara) dan Plaza Tol Gombak arah Pantai Timur.

Sebahagian drpd kakitangan RTM yang sedang ‘kunun-kunun’ .. huhu..

Istimewanya Program Ole-Ole Raya 2010 ini kerana ia merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat dalam usaha mendekatkan masyarakat dengan RTM selaku media kerajaan.

*click on image to enlarge

  • Share/Bookmark

hehehehe…

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan.. Syukur ke hadrat Illahi kerana dipanjangkan umur sehingga berpeluang sekali lagi beribadah di bulan Ramadhan yang sangat mulia. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan 1431 dan selamat menjalani ibadah puasa. Moga puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.. InsyaAllah…

  • Share/Bookmark

Taraa, akhirnya Ayim dah keluarkan single terbaru dia. Who is Ayim? Bagi yang masih ingat atau memang mengikuti program realiti TV3 iaitu Mentor 4, mesti kenal protege kepada Mus May ni. Now dah release new single bertajuk ‘Selalu Denganmu’..

Hmm Ape specialnyer Ayim ni?? Specialnyer sebab selain menyanyi dia boleh buat lagu… lagu ‘Selalu Denganmu’ ni pun dia sendiri yang compose, lirik pun dia, keyboard, guitar sket.. wawawa… semuanya dia..[ni kalau menang award, pukul abes nih!! huhu..]  talented jugakla sebab muda lagi kan.. baru 19 tahun seh !! Haihh..ramainyer orang yang berbakat kat Malaysia ni.. Hmm ape2 pun dengar la sket preview lagunyer tu…

Selalu DenganMu

.

Ku bernyanyi bersendiri

Dikehening malam sunyi

Hanya berteman bulan bintang

Sinariku

.

Kau kucinta dengarkanlah

Irama relung hatiku

Ku nyanyikan tuk ingatan

Kita selalu

.

Berarak mendung kelabu

Hujan yang merintih

Inginku selalu denganmu

Kita bersama melewati semua

.

Inginku ulang hari

Bersamamu

Akanku perbaiki

Kekuranganku…

Not bad kan?? yela, lagipun sebenarnyer he’s my fren.. hahaha.. maka promotela kawan2.. hehe =P

*click on image to enlarge

  • Share/Bookmark

Hmm pernah dengar lagu I no can do dari Fabrizio Faniello?? Mesti ramai yang tak pernah dengar kan?? hmm.. tapi kalau lagu Cari Jodoh oleh Wali Band dari Indonesia, mesti ramai yang tau kan? ..walaupun ade yang tak minat tapi mesti tahu punyer. huhu.. Lagu I no can do ni adalah lagu dari Cari Jodoh dalam versi lain.. Sape copy sape tak tahu la pulak.. Tapi biasakla, peminat yang mengamuk lebih-lebih.. orang ni claim lagu orang ni, orang tu claim lagu orang tu.. aku memang tak tau… tapi rasanyer kita yang tak berkenaan ni, tak payah la masuk campur.. Enjoy je la.. lagipun video clip nyer sangat cute.. huhuhu…

I no can do ~ Fabrizio Faniello

…..ni pulak Cari Jodoh dari Wali Band

Sebenarnyer banyak lagu dari Asia dan Malaysia sendiri yang diplagiat atau kita plagiat lagu luar.. atau pun bukan plagiat la.. tapi lebih kepada alih bahasa.. supaya lebih senang di hayati oleh pendengarnyerr… huhu..

Antaranya:

~ Whispers In The Wind oleh Lobo & Getaran Jiwa oleh P Ramlee

~ Tinak Tin Tana dari Filem Mann (Bollywood) & Yang Sedang-Sedang Saja Oleh Iwan

~ Sonata Musim Salju oleh Hazami & Winter Sonata oleh Ryu

~ Hmm lagu kebangsaan negara kita pun ada iaitu Negaraku & Mamula Moon oleh Hawaiian Song

dan banyak lagi la..ada jugak yang di nyanyikan semula dengan arrangement muzik yang berbeza.. tapi apa-apa pun aku rasa ok je.. kalau sedap apa salahnyer.. layan je la.. kan??

  • Share/Bookmark

Hmmm..aku sebenarnya tak berminat sangat nak tulis gossip pasal artis kat blog aku ni.. tp cerita kali ni memang hot kedebum kedebang dan banyakkk sangat pengajaran yang kita boleh dapat [aku rasala..].. citer sape lagi, pasal si Tom ni la.. Bukan popular pun tapi tetiba nama dia naek… huhuhu…

Okayy, bagi yang tak tau, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berasal dari Taiping, Perak dan dia ni adalah Juara rancangan realiti terbitan TV3 iaitu MyStarz LG untuk musim yang ketiga.. Sebelum tu, bagi yang masih ingat, si janda beranak satu ni pernah masuk rancangan Jangan Lupa Lirik di Astro dulu, tapi kalah.

Cerita sebelum ni Tom dikatakan cuba merampas suami seorang perempuan dan pernah memukul perempuan tersebut ketika dia tengah sarat mengandung.. Selepas dipukul, mangsa sempat mengirimkan sms kepada bapa mertuanya yang berbunyi..

“Abah…saya baru je kene pukul dengan abang (suaminya) dan penyanyi itu. Lepas dia orang pukul saya, diaorang terus bersetubuh depan saya…”

Huhu..takuttt… *aku tulis ape yg aku baca je.. Ya Allah jauhkan lah aku dr fitnahhhh dan azab api neraka… =P

Dan cerita ini membawa kepada kejadian pergaduhan dan Tom telah dibelasah dengan agak teruk jugak la pada aku.. huhu.. Berikut adalah kronologi kesah pukul-pukul dia yang aku amek dr Murai.com.. Tengkiu Murai.com..hehehe..

KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2010: Sidang media yang diadakan bertujuan untuk memberitahu kisah sebenar disebalik tuduhan yang mengatakan Tom telah memukul isteri orang dalam keadaan yang sarat mengandung akhirnya berubah menjadi satu pergaduhan besar apabila semua pihak yang terlibat tidak dapat mengawal emosi dan kemarahan.

Penulis yang berada di tempat kejadian tergamam dan hanya mampu melaporkan apa yang berlaku sepanjang peristiwa itu tercetus. Berikut adalah kronologi di sebalik isu pergaduhan tersebut:-

Sebelum Sidang Media Tergempar

• Lebih kurang jam 1 petang semalam (11 Julai 2010), editor murai.com.my menerima panggilan telefon dari sepupu mangsa yang dikenali sebagai Aileen untuk mengadakan sidang media mengejut selepas Tom memberikan keterangan yang dianggap palsu dalam program Melodi TV3 berkaitan kes dia yang dituduh sebagai orang yang terlibat dalam kes pukul wanita yang sedang sarat mengandung.

• Selain wakil dari murai.com.my, sepupu mangsa hanya dapat menghubungi beberapa wakil wartawan untuk hadir ke sidang media ini. Antara wakil media yang dapat dihubunginya adalah wakil dari Astro Awani, Harian Metro, Melodi TV3 dan Galaksi TV9.

• Bagaimanapun, hanya wakil dari murai.com.my, Astro Awani dan Harian Metro saja yang dapat menghadirkan diri dalam sidang media tersebut. Difahamkan, wakil dari Melodi iaitu wartawan Nas Ahmad tidak dapat hadir kerana terlibat dengan satu kursus.

• Sepupu mangsa turut dimaklumkan wartawan Nas Ahmad bahawa krew dari Galaksi TV9 akan turut sama dalam sidang media itu. Namun, sehingga tamat sidang media ini, tiada wakil dari Galaksi yang hadir.

Sebelum Pergaduhan Terjadi

• Setibanya wartawan dan keluarga di balai polis Damansara kira-kira jam 5.30 petang, mangsa yang sudah melalui kawasan balai polis itu tidak mahu berhenti di tempat yang dijanjikan.

• Difahamkan, pihak suami mangsa berubah fikiran di saat akhir dengan membuat panggilan telefon kepada abang sulung mangsa dengan meminta agar bapa dan abangnya itu datang ke sebuah restoran berdekatan balai polis untuk berjumpa mangsa dan anaknya.

• Permintaan tersebut dituruti bapa dan abang mangsa. Pada awalnya, hanya bapa dan abang mangsa saja yang dibenarkan berjumpa dengan mangsa. Tetapi tidak lama kemudian, ibu serta sanak-saudara mangsa yang lain turut diberikan peluang yang sama. Mungkin kerana menyedari wartawan turut berada di sana.

• Sebelum bertolak ke restoran tersebut, wartawan Utusan Karya baru saja tiba di balai polis berkenaan dan terus saja mengikuti kereta keluarga mangsa ke restoran tempat mereka mahu dipertemukan dengan mangsa.

• Setibanya di sana, setiap ahli keluarga dapat memeluk mangsa dan mendukung anak mangsa yang bernama Nur Kasih. Inilah kali pertama semua kaum keluarga dapat berjumpa dengan anak mangsa itu.

• Sementara kaum keluarga lain berjumpa mangsa, anak dan suami mangsa, Tom diajak berunding dengan abang sulung mangsa disertai bapa mangsa. Secara tiba-tiba, adegan pukul memukul berlaku yang melibatkan Tom, abang mangsa, suami mangsa, mangsa dan kaum keluarga mangsa. Adegan pukul memukul itu tercetus kerana mereka tidak berpuas hati dengan jawapan Tom serta hubungan Tom dengan suami mangsa. Persoalannya, mengapa Tom harus ada di situ sedangkan perjumpaan tersebut difahamkan adalah untuk menyelamatkan mangsa daripada terus dipukul suaminya dan Tom.

• Semasa Tom jatuh rebah ke jalan raya selepas dipukul, mangsa yang bersama keluarganya terus berlari menuju ke arah Tom dan memeluk Tom untuk melindungi Tom dari dipukul terus. Difahamkan mangsa berbuat demikian kerana bimbang dia akan menjadi mangsa pukul suaminya dengan Tom lagi.

• Wartawan Utusan Karya yang ada di situ turut terlibat sama di dalam pergaduhan ini tersebut apabila dia dengan beraninya cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Difahamkan wartawan itu mempunyai pertalian darah dan cuba berada di pihak Tom. Selain wartawan itu, seorang lagi abang mangsa (abang sulung) berserta ibu serta sepupu mangsa yang turut sama berusaha meleraikan pergaduhan itu turut terlibat sama dalam situasi yang mencemaskan serta menggerunkan itu.

• Pergaduhan tersebut berlaku lebih kurang 10 minit dan selepas ia berjaya dileraikan, suasana kembali menjafi tenang dan tenteram. Tom serta suami mangsa bersama konco-konconya terus pergi ke balai polis Damansara untuk membuat laporan polis terhadap dirinya yang diserang keluarga mangsa.

• Beberapa minit selepas itu, 2 anggota polis tiba di tempat kejadian dengan membawa mangsa dan abang mangsa ke balai polis Damansara.

• Semua wartawan dan ahli keluarga mangsa juga di arah ke balai polis Damansara untuk memberi keterangan.

• Salah seorang keluarga mangsa yang mengendong anak mangsa bingung kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan terhadap bayi mangsa itu. Mungkin dia masih terkejut dengan pergaduhan yang berlaku sebentar tadi itu.

Di Balai Polis Damansara

• Lebih kurang jam 6.30 petang, semua yang terlibat dengan pergaduhan tersebut berada di balai polis Damansara. Tom dan suami mangsa lebih awal sampai ke balai polis.

• Setibanya keluarga dan pihak media di sana, pihak polis membenarkan media berada di dalam balai tetapi dengan syarat wartawan tidak boleh menemuramah mangsa di dalam balai.

• Laporan polis itu dimulai dengan pihak Tom dan suami mangsa yang memberi keterangan. Sebelum membuat laporan, suami mangsa cuba cuba membawa masuk mangsa ke dalam balai polis bersamanya. Namun, keluarga mangsa menghalang permintaan itu kerana dikhuatiri suami mangsa akan membuat sesuatu di luar jangkaan.

• Sebaik saja selesai membuat laporan polis, Tom dilihat keluar dari balai polis tersebut kira-kira jam 8 malam. Dia terus meluru masuk ke keretanya tanpa mahu memberikan sebarang komen apabila beberapa wartawan mengajukan persoalan tentang isunya memukul si mangsa. Ketika itu, dia ditemani wartawan Utusan yang turut terlibat dengan pergaduhan tersebut.

• Rakan media yang ada tidak berputus asa. Mereka terus mengajukan beberapa soalan sewaktu Tom berada di dalam kereta.

• Akhirnya selepas berunding, Tom bersetuju untuk ditemuramah wartawan dan mengajak semua rakan wartawan ke kawasan lain yang mana di situ suami mangsa dan rakannya yang lain sedang menunggunya.

• Pun begitu, Tom secara tiba-tiba berubah fikiran dan tidak mahu memberikan sebarang penjelasan selepas beberapa rakannya yang kelihatan seperti kuncu samseng di situ menasihatinya supaya tidak berbuat demikian.

*Haihhh xtau la ape aku nak cakap…hardcore sungguh..hmm ape pendapat korang ???

  • Share/Bookmark
Thanks for dropping by..

Panorama
Watch me on Panorama every Thursday at 9.30 pm on RTM 1 or watch previous episodes online by clicking the above image.

Join us as a fan of Panorama RTM on Facebook
Panorama RTM @ Facebook

BlogMalaysia.com

Mybakery@niaga2u.com