- Photography Services -IlhamHafizPhotography
OR


TunJulia.com recommends Mozilla Firefox 3 for best viewing this site. Download it now by clicking the button below.

Spread Firefox Affiliate Button

Archive for April, 2009

Anakku Gemilang…kalau dipikirkan pada sudut hiburannyer memang equal to Boring la. haha.. Tapi sudut positifnyer, banyakkkkkkkk…tapi ape bende anakku gemilang tu?

Ok, ceritanyer gini, pada bulan 7 tahun 2008, aku pegila ke Angkasapuri. Rtm la tu. Saje audition nak jadi pengacara. Testla..1st stage lepas, 2nd stage lepas..aku tak confident sangat masa tu pasal aku dah tersilap banyak. Yang lain datang lak tu nampak terer-terer dan byk experiences. Cun pulak tu. Tp nak dijadikan rezeki, akhirnya aku diterimala menyertai Rtm. Masa tu dorang cari host ni untuk team rancangan ‘Panorama’. Ni dokumentari ala-ala Majalah 3 lerr. Ramai masa tu dapat. Aku rasa la dalam 15 orang. Sebab Rtm bukan nak cari pengacara je, tapi at the same time nak cari reasearcher, script writer etc. Kira serba boleh la. Tu yang ramai tu.

Beberapa minggu lepas tu, ade sorang producer tu jumpa aku kata aku akan dihantar ke rancangan ‘Anakku Gemilang’. Jadi main compere atau host la tu. Rancangan ni di bawah naungan Datin Sri Rosmah Mansur (First Lady kitala, isteri Perdana Menteri sekarang) dan di asaskan oleh Datuk Atikah Adom. Sempatla aku jumpa ngan dorang berdua tu. Siap lepak minum maplay lagik. Huhuhu… Haaa masa tu la aku terjebak dengan perkataan ‘Anakku Gemilang’ nih. Sebelum tu aku tak kesah pun. Apa yang aku bayangkan, anakku gemilang ni mesti rancangan kanak-kanak..tapi rupanya bukannnn.. memang ader sket slot budak-budak tadika, tapi banyaknyer menceritakan tentang kejayaan anak-anak malaysia ni dan macam mana pendidikan dari peringkat tadika hingga ke universiti, dapat membantu kecemerlangan seseorang tu… Haaa…susah wooo.. Aku terlibat ngan program ni selama 13 episod. Aku jugak buat skrip. Mak aaiii mula-mula tu memang rasa nak give-up. ALASAN: 1) Aku dah biasa ngan rancangan yang xformal n terkinja-kinja macam gameshow,tp tetiba dapat program formal macam ni lak.  2) Aku student math, tetiba kene menulis skrip yang panjang berjela-jela, cuba bayangkan. Ayakss, mmg masa awal-awal tu aku nak tulis satu skrip pun makan 2-3 hari. poning gilosss.

Tapi lama-lama tu ok la. Syiook pulak..Payment pun ehem-ehem! hilangla tension. Tapi kat sini la aku dapat banyakkkk ilmu dalam bidang penyiaran ni. Thanks to my producers Kak Sha, Abg Murad n Miss Miza yang banyak sabo ngan aku. Bagi aku peluang walaupun boleh dikatakan aku ni start dari zero!!

Shooting program kat luar studio. Tapi area KL je la. Banyak buat kat universiti-universiti. So byk la ‘U’ yang aku masuk. Uitm (dihatiku…huhu), UIA, UKM, UPM etc. Jumpa dekan-dekan, student etc. Bley la, mengajar aku jadi orang yang bijak sket. Haha…maksudnyer terjaga jugakla penampilan aku, almaklum la, jumpa para professor ni kene la behave!!

The Crews

The Crews

Shooting di UIA

Shooting di UIA

Hapal Skrip..huhu..

Hapal Skrip..huhu..

Ni shooting kat mane ntah, tak ingat. huhu...

Ni shooting kat mane ntah, tak ingat. huhu...

Share

Tahun 2007 memang tahun yang bermakna buat malaysia bersempena kemerdekaannya yang ke-50 tahun. Kiranya sambutan jubli emas la ni. Sesiapa yang masih ingat lagi pada tahun tu, memang meriahla malaysia ni. Macam-macam sambutan dah di’plan’ dari tahun 2006 lagi. Kalau kita tengok sepanjang jalanraya ni banyakla kempen-kempen, iklan-iklan kat billboard, iklan kat tv lagi, magazine lagi n bla bla bla…. Aku kira rasa beruntungla jugak sebab berpeluang merasa lalui tahun-tahun ‘besar’ macam tu. Lepas ni nak tunggu sambutan ke-100 tahun pulak, aku pun tak tau le masih wujud ke tak dimuka bumi ni. huhu…

Ok, sebenarnya tahun 2007 ni pun bukan setakat bermakna buat Malaysia je, malahan secara peribadinyer memang sangat-sangatla meaningful buat aku. Pada tahun tu, aku mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan secara serius. Aku telah dipilih menjadi pengacara sebuah ‘gameshow’ kanak-kanak yang diterbitkan bersempena kemerdekaan Malaysia yang ke-50 tahun. Nama rancangan tu ‘Jaguh Cilik Merdeka’. Rancangan ni 3 episod je. Shooting pun hanya 2 hari. Rancangan ini diterbitkan oleh Lensa Film sdn Bhd dan di tayangkan di TV2 setiap minggu sepanjang bulan Ogos tahun 2007. For me, ini memang new challenge la. Aku digandingkan dengan Adam dan  Adam ni baru je berumur 16 tahun masa tu. Bayangkanla betapa aku terpaksa berusaha ‘memuda’kan diri aku ni (yang ketika tu dah berumur 25 tahun) supaya sesuai sket ngan dak Adam nih. But ok la, semuanya bagi komen yang positif je. Aku pun terpaksa melayan ramai budak-budak sekolah yang jadi peserta game tu. BEsttt sangat. Walaupun penat nak mati. Yer la shooting dari kul 6 pagi sampai 8 malam. 2 hari berturut-turut. Lagipun masa tu tak biasa lagi. Terkejut sket la. Hahaha. Tapi, hmm…disitulah mulanyerrr…

Kak Julia n Abg Adam...hehe

Kak Julia n Abg Adam...hehe

The Crews

The Crews

Abg 'Boom'..hehehe...

Abg 'Boom'..hehehe...

Share
Thanks for dropping by..
Follow Us On Twitter
Me On MeOnYouTube

Panorama
Watch me on Panorama every Wednesday at 9.30 pm on TV1 or watch previous episodes online by clicking the above image.

Join us as a fan of Panorama RTM on Facebook
Panorama RTM @ Facebook


Harmoni Magazine
15-31st December 2013


EH Magazine
December 2013


Mingguan Wanita Magazine
23-30 April 2010