Categories
Ingin Bina Blog Klik Di Sini
TunJulia.com recommends Mozilla Firefox 3 for best viewing this site. Download it now by clicking the button below.

Spread Firefox Affiliate Button

Archive for May, 2009

(Dis is my fav song… MEANINGFUL FOR ME. AHAKS.!! ~ besides, Malique is also my fav singer…eh..rapper)

Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya

Bertukar pandangan, senyum
bersalaman ke sekadar berkawan
dan bila cinta dah mula berputik
ah, tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dah menjadi kenyataan
yang nyatanya, telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
kita pernah berpisah dan kembali
berpisah dan kembali
kembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
tak sempurna, tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop

Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya

Kerjayaku memang kejam
punca matamu tak boleh pejam
bermalam, bukan berjam
dimana? dengan siapa kubersama?

berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku ditelefon kalau tak disisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang tiada siapa bersamaku
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
nope

Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya

Satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya

Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya

Kujuga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa
kau tetapku yang punya..

  • Share/Bookmark

Baru-baru ni panorama pegi Pulau Langkawi. Ikut tour Sahabat Zoom Malaysia. Bila sebut je Langkawi, mesti semua orang ingat pasal Mahsuri, beras terbakar, makam mahsuri bla bla bla…tak pun gamat, gamat, gamat…eh sebenarnyer dah takde gamat kat Pulau Langkawi tu, dah pupus. Pulau Langkawi tu sendiri import gamat dari Thailand. Tak caya? Serius…Aku akan cover pasal tu nanti, tu aku tulis title Langkawi episode 1 tu. Pasal end of dis month aku akan ke Langkawi lagi. Nak cover more details about dat n mende lain gak. Ok, sebenarnyer banyak bende lain yang baru ader kat Langkawi nih, yang aku pun tak abes jelajah lagi.  Kagum jugak aku pada Langkawi ni, sebab dalam satu pulau semua benda ada. Maksud aku ader tanah tinggi yang sejuk macam genting n cameron highland tu, namanya Gunung Raya. Ade pulau dan pantai (of course la) and ader kawasan hutan simpan yang banyak spesies hidupan liar macam taman negara. Syiookk!!

Tapi dalam banyak-banyak yang betul-betul buat aku teruja adelah sebuah resort ni. Namanyer Frangipani resort & spa. Resort ni unik sesangat-sangat. Masa aku tido kat sini sempatla owner dia yang bernama Mr Anthony bawak team panorama pusing-pusing resort dia. Yarabbi semua bende nak di’recycle’nyer. Bayangkan hiasan-hiasan kat resort ni semuanya dari bahan terpakai macam botol kaca dia buat sarung lampu, buah petola yang busuk dia keringkan buat pencuci pinggan mangkuk, bekas cat dijadikan tong sampah, bath tub lama dia buat bekas tanam sayur dan macam-macam lagi. Pastu selagi ader sumber air semua di tadahnyer. Dia buat tangki khas untuk tadah air hujan dan air tu dia gunakan untuk laundry. Air air-cond pun dia tadah buat siram pokok bunga. Giler jimat!

Dibelakang resort ni ader kebun. Hasil kebun ni digunakan di kitchen resort untuk makanan guest. Baja yang digunakan pula adalah baja yang dibuatnyer sendiri dari bahan buangan dapur resort. Dikumpul-kumpul n lama-lama jadi baja la. Tumbuhan yang guna baja organik nih memang segar bugar!! Bagi menggalakkan para pekerjanyer jugak amalkan konsep kitar semula, Mr Anthony akan cas 10 sen setiap botol yang pekerja dapat kumpul dan para pekerja di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi kawasan untuk bercucuk tanam. Hujung tahun kumpulan mane yang tanamannya membuahkan banyak hasil, dapat bonus!! Huhu… Kreatif dia ni.Tak hairanlah resort ni menang ‘Asean Green Hotel’ pada tahun 2008 dulu!

Hmm…tapi memang cantek sini. Harga bilik pun bermula dari rm500 rasanyer (aku tak tahu bilik paling murah pasal yang aku duduk tu pun rm900 semalam…hehe). Kalau ader masa datang la Langkawi. Menarik jugak. Cuti-cuti Malaysia!!

Breakfast di Matahari Cafe Frangipani..

Breakfast di Matahari Cafe Frangipani..

Shooting kat menara di Gunung Raya...Sejukk!!

Shooting kat menara di Gunung Raya…Sejukk!!
Tempat shopping...Takde mende pun, coklat je melambak! Huhu...

Tempat shopping...Takde mende pun, coklat je melambak! Huhu...

Eh ni bukan kat Langkawi..On d way balik nih!!

Eh ni bukan kat Langkawi..On d way balik nih!!

  • Share/Bookmark

2 Mei 2009.. Sakit jiwoo punyer hari. Hari ni aku hanto laki aku kerja. Bawak anak aku sekalila..Saje-saje nak cari peluang kuar umah. Lagipun saje balik dari hantar dia tu nak singgah cosway dekat area office husband aku tu. Baru nak register jadi ahli (Sape nak order Cosway, meh la ek. Hihi..). Masa balik aku lalu ikut shortcut, nak cepat la kunun. Jalan shortcut tu kene lalu kawasan perumahan. Sekali ader kenduri kawin la pulak. So sesak sikit la. Biasala, jalan sikit berenti, jalan sikit berenti. Berenti kali keberapa ntah betul-betul depan tadika, sekali ‘KEDEGANG’. Ader orang langgor kete aku dari belakang. YArabbiiiiiii…aku kuar la kete. Aku kan gangster jalan raya. Sekali ader india bawak gas yang langgor. Dia langgor naek motor je. Tapi bumper belakang kete aku dah lari skettt…Eh aper lagi aku musti mintak ganti rugi, walaupun sikit. Bawak pegi workshop gerenti kene charge punyer! Tapi dengan terkebil-kebil india tu kata “Kakak, saya takda duit kakak..” Adess sian pulak aku tengok. Memangla dia tak sengaja,tapi naseb baek dia tak sengaja langgar aku. Cuba bayangkan kalau dia tak sengaja terlanggor budak kecik, haaa tak naya ke? Lagi pun kete aku ni tetap kene baiki jugak. Aku pun dapat akal mintak no tepon bos dia. Yerla dia buat hal time keje kan, so bos dia pun kene responsible la.

Dipendekkan cerita bos dia pun datang. Tengok punya tengok bos dia setuju untuk bawak aku pegi workshop berdekatan. Bos dia suruh aku follow dari belakang la. Baru aku nak masuk kereta, sekali …. ANAK AKU LOCK KERETA DARI DALAM, PASTU KUNCI ADER DALAM KETE AND TINGKAP SEMUA TERTUTUP. WAAAAAAAAAAAA……. (untuk pengetahuan, anak teruna aku yang berumur 2 tahun lebih tu memang mempunyai kenakalan tahap gaban). Yerla tadi dok sebuk2 pasal kete kena langgar mne la tahu anak aku buat keje pulak dalam kete. Aku pun dari luar bagi la isyarat supaya anak aku bukak lock pintu. Dia memang tahu bukak. Tapi masalahnyer sebab dia teramatla “BAIKKK’, dia boleh tak nak bukak sambil menari-nari dalam kete tu. Jenuh aku pujuk, paksa, tapi dia boleh gelak-gelak dalam kete. Aku ketuk cermin dengan tangan , dia pun ketuk balik cermin tu. Waaa…bayangkan ader kenduri kawin kat situ. Jalan jam, abes semua orang kerumun. MALUUU…TENSIONNN…wwaaaa…

Tapi akhirnyer dengan penuh tawakal beserta pelbagai doa-doa sebagai seorang ibu, anak aku pun bukak jugak la lock pintu kete tu…Alhamdulillah..Tapi masuk kete je sempat jugak la aku tarik telinga dia. (Aku kan mummy yg garang..huhu..). Then pegi la workshop and settle la semua. Kete aku kene screw n cat sket. So xsiap lagi la. Sambung Monday.

Moral of the story…errr…aku pun tak tau la. Macam-macam moral nih!Huhu… Harap-harap tak berlaku la lagik…

Anak aku yang telah membuat onar hari nih!! Huhu..

Anak aku yang telah membuat onar hari nih!! Huhu..

  • Share/Bookmark

Bandar Ikan Patin…haaa itu lah yang tertulis kat signboard nak ke temerloh. Jakun? Memang aku jakun. Dah sah-sahla aku ni bukan orang pahang. Sedara mara pun takde rasanyer kat sana tu. Walaupun ini bukan kali pertama aku pegi temerloh, tapi kunjungan kali ni lain sikit la. Dengan team panorama.. Masa kitorang singgah makan di kawasan pekan tu aku heran, deretan kedai makan kat situ jual lauk ikan patinnnn je. Paling popular Tempoyak ikan patin. Mak aii semua kedai ade jual. Bertambah heran, habis pulak tu. Aku pun terpikir, tak jemu ke orang temerloh ni makan ikan patin je. huhu.. Teringat kat perdana menteri kita, Najib la..dia kan suka makan ikan patin. Yerla dia pun asal dari pahang aper. Lagi satu Datuk K, laki Datuk CT pun suka makan tempoyak ikan patin. Mana taknya siti la yang duk introducekan pada datuk K and datuk K pun jatuh cinta pada ikan patin. Hmmm ni yang aku nk tahu ni..Aku pun aper lagi try la semangkuk. haa try semangkuk tu, tak main la try sesudu. huhu.. Perghhh!!! rasanyerr memangggg sedap. Masa tulis ni pun terliur dah ni. hehe.. Dah aku pun orang perak, gulai tempoyak ni dah biasa. Tapi bila masak guna ikan patin ni, giler sodap!! Tak hanyir pun. Serius! Rupanya kalau ikan patin sangkar, memang dijamin tak hanyir…

Temerloh

Kitorang pun pegila ke sangkar penternakan ikan patin dalam sangkar. Sepanjang sungai pahang ni memang banyak sangkar ikan patin. Salah satunya Arusan Sangkar Enterprise kepunyaan En Azhar dan En Syed Basri yang terletak di Kg Pangsenam. Diorang dah buat perniagaan ternakan ikan patin dalam sangkar ni dah 5 tahun dan sekarang terdapat 64 buah sangkar kat sini.  Sekitar Temerloh ni terdapat kira-kira 30 penternak ikan patin dalam sangkar ni. Tapi bayangkan, walaupun ramai yang buat bisnes ni, menurut en syed bekalan ikan patin ni masih tak mencukupi untuk menampung permintaan dari penduduk temerloh sendiri, apatah lagi nak di eksport ke luar temerloh. Waaa…gila la.. Kuatnyer makan ikan patin!

Aku pun berpeluangla turun ke sangkar ikan patin di tepi sungai pahang ni. Nak turun pun bukan senang, walaupun dekat kene naik bot sebab takder titi yang proper untuk dilalui. Pekerja kat sini lain la, dah biasa. Diorang takut aku tergolek pulak dalam sungai pahang tu jadi dorang sediakanla bot untuk aku (thank u..hehe…). Kat sini satu lagi mimpi ngeri buat aku. Cuaca punyer la panassssssss. Nak mati aku rasa. Terbakar lagi aku. Serius, aku tak pernah berjemur macam tu sekali. Bayangkan la dari pagi sampai senja aku kat tgh sungai tu. Sunblock pun mintak ampun! Naseb baekla esoknyer abang en Azhar masakkan Gulai tempoyak ikan patin untuk krew Panorama semua. Hehe..terubat sikit hatiku ini.

Sangkar Ikan Patin

Sangkar Ikan Patin

Sangkar Ikan Patin

Sangkar Ikan Patin

Tukang Kerat!!

Tukang Kerat!!

  • Share/Bookmark

Bekerja dengan team panorama ni memang best. Bukan sebab dapat berjalan je, tapi aku dapat explore banyakkkk benda baru. Tajam sket otak ni besides menjadikan aku ni a knowledgeable person! Tapi kadang-kadang kering jugak idea. So sesapa yang ade idea atau aper2 perkara yang nak diketengahkan, jangan malu-malu sila lah kemukakan cadangan anda. Kalau sesuai InsyaAllah akan aku propose untuk dijadikan segmen dalam panorama. Thank You sesangatt…

1st Recording with Vena and our 'BigBoss'...

1st Recording with Vena and our 'BigBoss'...

New set

New set

Before dubbing..

Before dubbing..

  • Share/Bookmark
Thanks for dropping by..

Panorama
Watch me on Panorama every Thursday at 9.30 pm on RTM 1 or watch previous episodes online by clicking the above image.

Join us as a fan of Panorama RTM on Facebook
Panorama RTM @ Facebook

BlogMalaysia.com

Mybakery@niaga2u.com