Perjalanan ke tiga negara ini memang paling tak boleh aku lupakan. Penat nak mampos tapi satu pengalaman yang sangat berharga. Bukan senang dalam masa seminggu iaitu 28 September hingga 5 Oktober sahaja kita nak pegi banyak tempat. Terima kasih pada Maswings iaitu anak syarikat Malaysia Airlines yang menjadikan semua ini kenyataan. Krew Panorama telah dijemput untuk membuat liputan pengambilan pesawat ATR 72- 500 yang dibeli oleh Maswings di Toulouse, Perancis.
Ok perjalanan bermula dari KLIA ke Paris yang mengambil masa selama 13 jam. Gelisah jugak la aku sepanjang perjalanan tu sebab aku memang tak suka duduk dalam flight lama-lama. Perjalanan 2 jam pun aku nak pengsan, inikan pula 13 jam. Tapi nasib baik la flight malam, so masa banyak aku abeskan dengan tidooo… Kami bertolak dari KLIA pada pukul 11.30 mlm dan sampai di Paris kira-kira jam 6.30 pagi esoknyer. Tapi terkilan jugak la sebab xsempat nak menatap wajah Menara Eiffel yang sepatutnya menjadi tempat yang wajib dikunjungi kalau datang ke Paris. Yer la, mane taknya, lepak lebih kurang 2 jam je kat Paris. Lepas tu kitorang terus bertolak ke Toulouse. Perjalanan dari Paris ke Toulouse mengambil masa lebih kurang 1 lebih je.

Toulouse ni adalah kota kecil di Perancis yang tidak terlalu dikenali. Tapi kota ini sangat istimewa kerana didiami oleh pelbagai kaum dari orang Asia hingga Afrika dan bercampur juga dengan mereka yang asli dari Eropah. Hampir semua warga Toulouse menganut Katolik. Seiring dengan makin banyaknya pendatang, jumlah tersebut turut merosot. Kini, Islam menjadi agama dengan jumlah penganut kedua terbesar di kota terbesar keempat di Perancis ini. Toulouse pernah diduduki oleh Celtic, Romawi dan Jerman. Bangunan-bangunan tua yang dibina menggunakan batu bata merah menghiasi setiap sudut kota ini. Kerana itu lah Toulouse terkenal dengan jolokan Pink City. Untuk mengamati keindahan kota Toulouse, kami sempat berjalan kaki di sekeliling Capitolium. Capitolium ni pusat bandar tu la. Tak jauh dari sana, berdiri salah satu bangunan penting iaitu Gereja Saint Sernin Basilica. Bangunan dengan menara setinggi 65 meter ini menjadi saksi perjalanan kekatolikan warga setempat. Keseluruhannya bandar Toulouse ni memang cantek la. Bandarnyer tenang je. Kebetulan masa kitorang pegi tu tgh autumn, so cuaca pun memang sedap la. Sejuk-sejuk berangin gitu. Berbezalah dengan KL.





Aktiviti sepanjang di Toulouse memang byk di ATR iaitu tempat membuat kapal terbang tu la. Macam-macam event ade. Sempat la aku tengok macam mana orang buat kapal terbang. Teruja toksah cakap la. Maklumla 1st time. Huhuhu…
Then lepas 3 hari di Perancis, kami pun memulakan la perjalanan membawa pulang pesawat ATR72-500 ke Malaysia. Disinila mulanya perjalanan yang sangaaaattttt menerujakan aku. Best sangat. Mne taknyer, pesawat tu boleh muat 80 orang, tapi kami hanya ada 18 orang je. So, flight tu pun mcm kitorng yng punyer la. Suka2 nak duduk mana2 pun. Team yang ade dalam flight tu pun sangat sporting. x abes2 buat lawak. 2 org cabin crews nyer pun sgt baek. huhu.. Melayan je kitorng ni. Saya takkan lupakan kamu Laini n Seberena…! Dan paling best kitorang selamba je keluar masuk cockpit. Merasa la aku duduk tempat pilot tu semasa kat atas awan..syiok syiok…hehhee… Thanks to encik-encik pilot Capt Yazid, Capt Alizan n Jeremy yang sangat sempoi!
Tido dengan jayanye…

Captain ‘Daddy’…hehhe…

Kami singgah di airport Paphos, Cyprus selama sejam sebelum ke Abu Dhabi, UAE. Kami sampai di Abu Dhabi pada waktu pagi iaitu kira-kira pukul 10 pagi. Apa yang aku boleh gambarkan Abu Dhabi ni adalah sebuah bandar kaya dan SANGAT PANASSSSS….waaaa aku tak tahan. Sepanjang hari aku duduk dalam bilik hotel je. Dah malam baru aku ngan cik producer aku, cik onah keluar berjalan. Tapi bayangkan malam pun terasa bahang panas tuh. Kata orang kat situ, cuaca Abu Dhabi pernah sampai 51 degree. Wak… neraka…hehhehe… Tapi best la, pegi negara orang kan. Tak kesah la mcm mne pun, janji benda baru. Mustila syiok..



Hari seterusnya kami bertolak ke persinggahan terakhir iaitu Male, Maldives. Paling best masa nak sampai tu, aku dapat tgk canteknya pemandangan Pulau Maldives ni dari atas. Rasa puas sangat! Malam di Male, kami semua pun jalan2 la di sekitar pulau. Kecik je pulau nyer.. Jalan punya jalan terjumpa kereta wira.. Hehe sebagai warga malaysia bangga la juger..



Akhirnya pada 5 Oktober 2009, kami meneruskan perjalanan selama 6 jam dari Maldives ke Malaysia.. Kami selamat sampai kira-kira jam 9 malam di Subang Airport. Alhamdulillah.. Terima Kasih di ucapkan kepada Maswings terutama pengarah urusannya En Salleh Tabrani yang sudi bekerjasama dengan RTM.. Harap-harap next trip sudila jemput kami lagi… Heheheh…