Categories
Ingin Bina Blog Klik Di Sini
TunJulia.com recommends Mozilla Firefox 3 for best viewing this site. Download it now by clicking the button below.

Spread Firefox Affiliate Button

Archive for February, 2010

‘Panorama’ adalah sebuah rancangan semi-dokumentari yang disiarkan selama 30 minit di TV1 setiap hari Khamis jam 9:30 mlm. Rancangan ini memaparkan pelbagai segmen menarik yang memberikan info kepada penontonnya. Antara kategori segmen yang terdapat dalam rancangan Panorama ini adalah Science & Technology, Human Interest, Nature & Tourism, Current Issue dan Culture..

Ok, saya merupakan salah seorang wartawan dan pengacara untuk rancangan ini.. Oleh itu, jika anda mempunyai sebarang cadangan atau idea menarik tentang segmen yang patut rancangan Panorama ketengahkan, bolehlah meninggalkan komen anda di blog saya atau hantarkan saja cadangan itu ke email saya. Anda boleh hantarkan sebarang idea kepada saya dan saya akan nilaikan samada ianya sesuai atau tidak dengan program Panorama ini. Siapa tahu mungkin ini juga cara untuk anda mempromosikan produk, syarikat atau apa saja yang ada disekeliling anda.. Yela, kadang-kadang banyak sebenarnya perkara yang menarik dan unik disekeliling kita tapi kita sendiri tak perasan.

Saya berharap mendapat maklum balas yang positif dari semua pembaca blog ini. Untuk memberikan gambaran kepada anda yang belum pernah menonton Panorama, berikut saya sertakan link youtube antara segmen yang pernah saya kendalikan dalam rancangan Panorama.. Terima Kasih !!

Segmen bersama Maswings (Part 1, Part2, Part3)

Segmen bulan puasa: Bubur Lambuk

Ketika di studio Panorama =)

  • Share/Bookmark

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh,

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 H.

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.

  • Share/Bookmark

Bufori adalah kereta buatan tangan yg diasaskan oleh 3 adik beradik dari Australia iaitu Anthony, George and Gerry Khouri.. Ia bermula pd tahun 1986 apabila salah seorang dari mereka iaitu Gerry Khouri telah membina 3 buah kereta di garaj hadapan rumah mereka. Bermula detik itu lah tertubuhnya syarikat kereta Bufori ini. Pada mulanya, kesemua pembuatan dan operasi penjualan di lakukan di Australia, tetapi kesemua operasi tersebut kemudiannya telah berpindah ke Kepong, Malaysia atas pelawaan dari Tun Dr Mahathir Mohamad. Yang istimewanya, Malaysia merupakan kilang utama di dunia yang menghasilkan kereta Bufori ini. Jadi pelanggan dr seluruh dunia yang mahu membeli kereta Bufori ini, perlu membuat tempahan di Malaysia.. Hebat kan??

Sekitar Kilang Bufori di Kepong…

Melangkah masuk ke kilang Bufori di Kepong, mmg satu pengalaman yang sangat best buat aku. Unik sangat melihat setiap unit kereta mewah ini dibuat menggunakan teknik tradisional atau pun secara manual. Semuanya buat sendiri.. Acukan bentuknyer, sambungkan wayarnyer, jahit sendiri seat cushion dan lain2.. menarik !! Malah penempah kereta boleh menambahkan ciri-ciri kereta atau rekabentuk kereta mengikut kehendak dan kreativiti mereka sendiri. Itu sbb la mahal. Started from RM500k ok… haiyer.. harga sebijik umah.

Boleh dikatakan kesemua rekabentuk kereta Bufori ni berkonsepkan klasik. Tp ciri-ciri keselamatannya adalah selaras dengan kereta-kereta mewah yang moden. Sempat la aku jumpa founder nyer Mr Gerry Khouri yang sangat baik dan peramah dan hensem.. hehehe.. Siap test drive Bufori dia lagi.. Huhuhu… Byk syiokk !!

Posing… hehehe…

Untuk maklumat lanjut boleh lawat www.bufori.com.my.. Bagi sesape nak tempah sebijik tu, atau nak sewa untuk wedding (sbb kereta Bufori ni boleh disewa untuk majlis kawen etc) boleh la call no 03-6259 1000 atau datang terus ke alamat Bufori Motor Car Company (M) Sdn Bhd, 34B Jalan 5/32A, 6½ Jalan 62000 Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.

  • Share/Bookmark

Biler cakap pasal itik panggang, sure semua orang akan kata itu masakan orang cina dan tentu tak halal… Hmm tapi mesti ramai juga yang teringin nak makan itik panggang ni. Yer la, ramai juga orang melayu atau kaum lain yang suka makan makanan roasted ni.. dah tentu la nak try roasted duck. Ok, now dah ade restoran cina muslim yang menyediakan itik panggang yang halal di Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur iaitu Restoran Hj Sharin Low. Restoran ni dimiliki oleh Hj Sharin Low dan chefnyer juga adalah cina muslim. Jadi masakan itik panggang ni sememangnyer asli mengikut cara masakan kaum cina. Restoran ini dibuka dari jam 11 pagi sehingga 11 malam. Selain itu terdapat juga hidangan lain yang sedap seperti admiral fish, mukmin tofu, champion chicken (asalnyer dari Champagne  Chicken) dan banyak lagi.. Tapi yang paling aku suker adalah butter prawn dia.. sedap gilosss !! huhu..

Shooting

Untuk keterangan boleh hubungi no ni 012-685 4101 /012-373 1999 atau datang terus ke alamat No 1 Lorong Wangsa 5A, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, KL..

Enjoy!!

  • Share/Bookmark

Tahniah Nurul Huda Razali.. Kawan baik aku semasa di Kolej Yayasan Pelajaran Mara KL dulu.. Kawan serumah sebilik sebantal secomolot.. huhuhu.. Tahniah sebab dapat 2nd child.. Mohd Adam yg baru berumur 2 minggu.. Aku ngan sorang lagi kawan secomolot iaitu Nurul Fariha (asik nurulll je), sempat melawat Huda di rumahnyer di Bukit Antarabangsa.. Chumel lah itu Adam !!

Mohd Adam bin err.. lupa lak nama bapak dia  ni.. huhu…

P1301060 (450 x 600)

The GedikZz Auntsss

P1301063 (600 x 545)

Teringat masa-masa 4 tahun lepas.. huhuhu..

P1301068 copy (500 x 667)

p/s: Bagi menghormati permintaan Huda, maka gambonyer yg aku rakamkan tidak di publish kan.. biasala orang dalam pantang… belom vogue lagik.. huhuhu…

  • Share/Bookmark
Thanks for dropping by..

Panorama
Watch me on Panorama every Thursday at 9.30 pm on RTM 1 or watch previous episodes online by clicking the above image.

Join us as a fan of Panorama RTM on Facebook
Panorama RTM @ Facebook

BlogMalaysia.com

Mybakery@niaga2u.com