Categories
Ingin Bina Blog Klik Di Sini
TunJulia.com recommends Mozilla Firefox 3 for best viewing this site. Download it now by clicking the button below.

Spread Firefox Affiliate Button

Archive for March, 2010

Ape itu simulator ?? Tentu ramai dah tahu… Simulator atau dalam bahasa melayunyer disebut sebagai Simulasi adalah bermaksud mengajuk atau meniru keadaannya atau suasananya seolah-olah betul atau hampir sama dengan keadaan sebenar.. Jadi Flight Simulator ini merupakan tempat latihan penerbangan yang sebijik-sebijik macam dalam kokpit pesawat. Macam Kokpit Jadian la.. haha..

Sebelum ini aku pernah cuba mengendalikan simulator masa di Toulouse, Perancis tahun lepas..Tapi kejap je dan tak sempat nak tahu banyak perkara tentang simulator ni.  So semasa penggambaran Panorama tentang teknologi simulator di Pusat Latihan MAS, Subang baru-baru ni, aku berpeluangla meng’explore’ simulator ni lebih-lebih sikit. Selain mempunyai sistem yang sama seperti pesawat sebenar, simulator juga dilengkapi dengan motion yang menggambarkan pergerakan sebenar ketika pesawat berfungsi. Terdapat juga pilihan map bagi airport diserata dunia. hmm hebat.. Jadi kalau nak pergi airport mana-mana just pilih aje dan visual nyer pun memang real.

Di Pusat Latihan MAS ni,  terdapat beberapa simulator bermacam saiz mengikut jenis pesawat seperti  dan A330-300, B777-200, A330, B777, ATR72-500 sebagainya.  Tapi aku dan krew Panorama yg lain hanya sempat cuba 777 dan 747 je.. Sangat seronok.. Aku sempat bersama beberapa pilot, menjalani sesi latihan penerbangan mereka. Mereka diuji dengan pelbagai situasi termasuk turbulence yang kuat. Memang real, macam berada dalam pesawat betul sampai member aku si jiena pening kepala nak muntah.. hahaha…

Berangan jadik pilot jap.. ngeh ngeh ngeh

With Capt Ari, Jiena n Crews (Biasalaa..kerja-kerja jugak tp bergambo no 1..huhu)

Specialnya lagi, MAS juga membuka peluang kepada orang ramai untuk mencuba simulator ini dengan bantuan seorang captain. Tapi fees nyer boleh tahan la.. RM500 untuk 20 minit dan RM1500 untuk satu jam.. perghhhh… memang mahal tapi bagi yang betul-betul minat nak terbang dan nak try jadi pilot, tentula experience ni berbaloi untuk korang. Jadi sesapa yang berminat boleh call MAS di talian:

03-78402673 (boleh bercakap dengan Pn Kamariah Singkir)

Malaysian Airlines

Flight Simulator Sales & Marketing,

Simulator Building,

Complex A – AA0202 SAAS Airport,

47200, Subang, Malaysia

Special thanks untuk Capt Iskandar yang sporting giler dan sanggup melayan team Panorama yang agak meroyan hari tu.. Maklumla biler lagi nak lanyak simulator tu puas-puas..huhu.. Terima Kasih juga kpd Capt Ari, Capt TK, Capt Kamarul, Pn Kamariah dan En Zaidi serta semua la… Korang memang best!! Dan aku dengan bangganya telah berjaya menyebabkan kapal terbang tu crash… hahaha… Memang tak layak jadi pilot !!

*click on image to enlarge

  • Share/Bookmark

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya telah pun melabuhkan tirainyer semalam.. Bagi yang tak tahu, ini merupakan kali ke-2 ia di adakan bertempat di tapak Monumen Alaf Baru, Putrajaya bermula 18 Mac sehingga 21 Mac 2010. Selain Malaysia banyak jugak negara lain yang menyertai pesta ini seperti Perancis, Belgium, Thailand, US dan sebagainya.

Pesta ni memang menarik sebab selain belon panas tu, banyak jugak acara lain yang dijalankan dari pagi sehinggalah malam. Antaranya aksi sukan paramotor dan paragliding, tanglung dan pertunjukan cahaya pada sebelah malamnya. Bagi yang datang awal pulak berpeluang untuk menaiki Helikopter dan Belon Udara Panas ni dengan kadar bayaran yang berpatutan.. RM5 – RM10 macam tu lah.. Murah je…tp dia punyer queue tu, paham-paham je la..huhu..

Disebabkan aku busy sket minggu ni, maka hanya semalam aku berkesempatan datang ke Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa ni.. Datang pun hari terakhir, so aku rasa memang aku terlepas banyak event-event yang gempak. Belon pun tinggal yang standard-standard je.. Yang bentuk gajah, limau semua tu dah takde. Dah bungkus-bungkus agaknyer.. Huhuhu… Tapi menarik jugak lah pesta ni especially jika bawak anak-anak bersama..budak-budak la lebih excited tengok semua benda ni.. Lagipun di Malaysia acara sebegini masih baru kan.. tak seperti di luar negara.

Tapi biasala, Putrajaya kan kurang pokok.. huhu.. maka pukul 10 pagi pun dah bahang.. Masuk pukul 12, aku nak mati dah.. Panasssss…. waaa… Jadi, next time better pegi malam !! hehe..



*click on image to enlarge

  • Share/Bookmark

Paragliding ini sebenarnyer diilhamkan berasaskan kepada burung helang. Di Malaysia, sukan paragliding sememangnya tak asing lagi. Terdapat beberapa lokasi paragliding yang rasmi di Malaysia seperti Bukit Jugra di Banting yang menjadi litar paragliding dunia, Gunung Ledang, Bukit Chendering di Terengganu, Bahau dan Bukit Sendayan di Negeri Sembilan dan dibeberapa negeri lain lagi.

Namun masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan sukan ini di Malaysia kerana kurangnya pendedahan. Ada pula yang tahu tetapi kurang keyakinan diri serta takut untuk mencuba disamping menganggap sukan ini hanya untuk golongan mewah sahaja kerana ianya memerlukan kos yang tinggi. Menurut sumber, harga parachute nyer bermula dari RM10 k… hehehe.. Tapi kalau minat, aku rasa takde masalah, apatah lagi kalau nak mencubanyer secara serius.

Aku dan rakan-rakan dari team Panorama iaitu Jiena, Onah, Nani dan Vena berpeluang mencuba sukan Paragliding ni. Baru pegi training la.. Itu pun land-based practice dulu. Ini adalah pertama kali untuk kami semua.. Excited tak ingat punyer.. Kami telah di bimbing oleh 2 orang paraglider (atau dipanggil juga pilot) yang profesional iaitu En Shazwan dan En Mus dari ‘Negeri Sembilan Sports Aviation Club’. Selain tu seorang lagi paraglider amatur iaitu Cik Lin turut membantu kami..Latihan kami di buat di Padang Metropolitan Kepong..ala tempat yang popular orang main layang-layang tu…

Nani, Aku, Jiena, Onah dan Vena (Power Puff Gurls la kunun!!)

Banyak perkara yang perlu diketahui sebenarnyer kalau nak menceburi sukan ni.. Kalau dah kata nak terbang, tentulah keselamatan perlu diutamakan sebelum betul-betul boleh terbang. Kita perlu kenal gadget2nyer terlebih dahulu dan mahir untuk mengendalikan nyer supaya tak panic bila di udara nanti. Dan kita juga tak perlu risau sebab kita boleh pilih saiz parachute ini mengikut berat badan kita S, M, L etc.. tapi pada latihan kitorang ni hanya parachute saiz M je ade, sedangkan kami semua bersaiz S.. huhuhu..Pengsan !!

Safety 1st

Sesi Latihan

Bersama Coach yang giler..eh, giler2 iaitu En Shazwan..

Bagi aku memang sukan ni best giler la.. Walau pun ade sesetengah sukan lasak aku tak minat, tp honestly Paragliding ni memang menyeronokkan. Cuma kita perlu lebih fokus dan mempunyai kekuatan di bahagian tangan dan bahu untuk mengawal parachute ni.

Bagi sesapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sukan paragliding ni bolehlah menghubungi En Shazwan di 019-653 9219 / email: shazwan79@gmail.com atau datang terus ke NEGERI SEMBILAN SPORTS AVIATION CLUB, 517 Jln Haruan 4/6, Oakland Commercial Center, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan..

Selepas sesi paragliding, kami semua berkaraoke maut di Wangsa Maju Walk sehingga tengah malam dan keesokan harinyer masing2 mengadu sakit tangan..huhu…

  • Share/Bookmark
Thanks for dropping by..

Panorama
Watch me on Panorama every Thursday at 9.30 pm on RTM 1 or watch previous episodes online by clicking the above image.

Join us as a fan of Panorama RTM on Facebook
Panorama RTM @ Facebook

BlogMalaysia.com

Mybakery@niaga2u.com