
Pegi kuching baru-baru ni banyak sangat waktu senggang. Free time la tu. Yer la pegi 5 hari, tapi shooting 3 segmen je. Tu pun kejap-kejap. Sempat jugak la kitorang pegi kenduri kawen krew rtm. Huhu…Mula-mula krew panorama pegi cat museum yang terletak kat petra jaya. Muziumnyer kecik je. Bagi yang tak minat, mungkin rasa macam muzium bosan dan xder pape. Tapi bagi yang minat kucing atau yang suka kan benda-benda pelik macam aku ni, rasa ‘layan’ jugak la cat museum nih. Semua pameran kat sini memang berkisar tentang kucing la. Nama lagi muzium kucing kan. Sejarah kucing, jenis-jenis kucing, kepercayaan tentang kucing mengikut kaum, gambo dan macam-macam la. Tapi yang aku rasa menarik sekali ada 2 benda, pertama adalah mumia kucing. Mumia ni di temui di Beni Hassan, Mesir pada zaman sebelum masihi dulu. Sebab orang mesir kuno dulu kan anggap kucing ni sebagai haiwan suci, so mati pun dorang awetkan. Dengar kata banyak dorang jumpa tapi satu je la yang di bawa ke Malaysia. Keduanya, ader seekor kucing ni, dia mati sebab nak selamatkan tuan dia dari dipatuk ular. Kira hero la kucing ni. Sebab sayang dorang buang isi perut kucing ni, isikan dengan kapas then awetkan. So kita dapatla tengok real size and body kucing ni.

Muzium Kucing

Kucing pun ader kubur…
Haaa….segmen kedua ni aku suka. Kitorang pegi shoot pasal tattoo orang iban. Plan asal nak pegi rumah panjang, tapi atas masalah-masalah yang tak dapat elakkan, kitorang shoot kat kedai di bandar Kuching je. Tapi kedai ni ok jugak, sebab dorang buat tattoo 2 cara, tradisional dan moden. So kedai di bahagikan kepada dua. Satu bahagian untuk cara moden which is dekorasinyer macam moden la, ala-ala klinik. Satu bahagian lagi untuk buat tattoo cara tradisional dimana tempatnyer didecorate macam rumah panjang, siap dinding n lantai buluh semua tu la. Time kitorang datang shoot tu kebetulan ader 2 orang customer datang untuk buat tattoo cara moden dan tradisional. Jadi panorama dapat la record for both techniques kan. Aku ngan producer aku cik onah excited seh! Maklumla 1st time tengok. Tapi apa yang aku bley cakap, aku tengok antara cara tradisional dan moden, cara moden lagi ngeri la.. Bunyi mesin dia lagi, berdarah-darah lagi. Berbanding cara tradisional, walaupun ketuk2 guna kayu, tapi nampak releks jer..Huhu…Tak tau la aku. Tapi thanks la to Ernesto, tuan punya kedai, Ozzie, pembuat tattoo mat saleh yang diimport dari mana ntah, and robin pembantu ernesto yang aku kira sebagai pahlawan iban yang ENSEM…Thanks Robin! Heheheh….
Pahlawan Iban…cuba teka mane satu Robin…heheheh..

Rumah panjang yang ader air-cond, sofa, astro bla bla bla

With Mr Ozzie
Then akhir sekali kitorang shoot pasal pembuatan pua kumbu. Ala..tenunan kain pua yang popular kat Sarawak tu la. Kitorang shoot di muzium Pua Kumbu kat Bangunan Tun Jugah Foundation. Memang sini dorang buat Pua Kumbu la selain dari pameran. Banyak juga kain pua yang di pamerkan dah berusia ratus-ratus tahun. Pastu ramai yang sedang menenun kain pua masa tu. Bayangkan satu kain pua tu nak siap makan masa bertahun. Tu pasal la harga dia beribu hengget. Tapi aku tak lerr nak beli. Baik aku beli handbag LV…hehehe… Then aku tengok yang beli pun mat saleh la. Dorang kan suka mende2 cengitu. Pastu aku bersembang la dengan sorang makcik tua ni. Padahal bukan aku paham pun, aku angguk-angguk je. Huhu… Yerla dibantainyer cakap Iban. Jenuh aku explain yang aku ni dari Semenanjung. Tapi biasa la orang tua kan suka bercerita. Tapi rupa-rupanya makcik ni anak Tun Jugah. Patutla… Kira Otai la kat tempat tu…

Ni dia anak Tun Jugah…eh bukan yang Tun Julia tu tau..Huhu…

Keseluruhan nyer, seronokla jugak sebab team kitorang pun masa tu semuanyer happening. Onah producer yang giler, rothman sound man yang buaya (mcm buaya sg sarawak…hehhee) dan abg arabi yang maintan cool dan suka makan mee kolok (mmg dia org sarawak pun..huhu)…. Cuma xsempat lagi nak ke Sarawak Cultural Village… Xper la maybe lain kali….
ko kata aku producer yg giler.. ko pn lebih kurg sama jer.. hahaha