Categories
Ingin Bina Blog Klik Di Sini
TunJulia.com recommends Mozilla Firefox 3 for best viewing this site. Download it now by clicking the button below.

Spread Firefox Affiliate Button

Belum pun reda dengan kematian ‘kontroversi’ Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu pengarah tersohor Malaysia, kita semua dikejutkan lagi dengan kematian seorang ikon nasyid yang hebat iaitu Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani. Dan bagi aku sendiri, pemergian Ustaz Asri ini rasanya lebih meninggalkan kesan dihati ramai orang…

ustaz asri

Ustaz Asri atau nama sebenarnya Mohamad Asri Ibrahim pengsan ketika  melakukan raptai  program Dokumentari Syahadah Musim ke-5 di RTM pada tanggal 13 Ogos 2009, telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur dan disahkan meninggal dunia jam 11.05 pagi oleh doktor pakar hospital itu. Ia dipercayai akibat serangan jantung.

Rabbani yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dan melibatkan kumpulan nasyid yang mempunyai ahli yang ramai iaitu 9 orang. Popularitinya meningkat mendadak melalui lagu-lagu nasyid popular mereka seperti Maulana, Qiblat, Intifada, Nawaitu, Iqrar dan banyak lagi. Memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah AIM, Anugerah Era, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan banyak lagi. Takziah kepada keluarga mangsa dan Al-Fatihah…

param

Kemudian pada 14 Ogos 2009 pula iaitu kira-kira pukul 6 pagi. seorang lagi ikon seni Malaysia iaitu pelawak param telah meninggal dunia di hospital besar Kuala Lumpur, juga diakibatkan oleh serangan jantung. Param adalah pelakon era 80-an seangkatan A R Badul, Yahya Sulong, Allahyarham Yusni Jaafar dan Allahyarham R Jaafar. Mereka banyak menyertai program jenaka terbitan RTM, pertunjukan pentas dan filem cereka. Param juga pernah hadir menonton final Raja Lawak anjuran Astro dan diminati oleh pelakon komedi generasi muda seperti Nabil, Cham dan Senario. Takziah buat keluarga mendiang..

Hmm…ramainya permata Malaysia yang dah pergi…

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Thanks for dropping by..

Panorama
Watch me on Panorama every Thursday at 9.30 pm on RTM 1 or watch previous episodes online by clicking the above image.

Join us as a fan of Panorama RTM on Facebook
Panorama RTM @ Facebook

BlogMalaysia.com

Mybakery@niaga2u.com