Categories
Ingin Bina Blog Klik Di Sini
TunJulia.com recommends Mozilla Firefox 3 for best viewing this site. Download it now by clicking the button below.

Spread Firefox Affiliate Button

Paragliding ini sebenarnyer diilhamkan berasaskan kepada burung helang. Di Malaysia, sukan paragliding sememangnya tak asing lagi. Terdapat beberapa lokasi paragliding yang rasmi di Malaysia seperti Bukit Jugra di Banting yang menjadi litar paragliding dunia, Gunung Ledang, Bukit Chendering di Terengganu, Bahau dan Bukit Sendayan di Negeri Sembilan dan dibeberapa negeri lain lagi.

Namun masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan sukan ini di Malaysia kerana kurangnya pendedahan. Ada pula yang tahu tetapi kurang keyakinan diri serta takut untuk mencuba disamping menganggap sukan ini hanya untuk golongan mewah sahaja kerana ianya memerlukan kos yang tinggi. Menurut sumber, harga parachute nyer bermula dari RM10 k… hehehe.. Tapi kalau minat, aku rasa takde masalah, apatah lagi kalau nak mencubanyer secara serius.

Aku dan rakan-rakan dari team Panorama iaitu Jiena, Onah, Nani dan Vena berpeluang mencuba sukan Paragliding ni. Baru pegi training la.. Itu pun land-based practice dulu. Ini adalah pertama kali untuk kami semua.. Excited tak ingat punyer.. Kami telah di bimbing oleh 2 orang paraglider (atau dipanggil juga pilot) yang profesional iaitu En Shazwan dan En Mus dari ‘Negeri Sembilan Sports Aviation Club’. Selain tu seorang lagi paraglider amatur iaitu Cik Lin turut membantu kami..Latihan kami di buat di Padang Metropolitan Kepong..ala tempat yang popular orang main layang-layang tu…

Nani, Aku, Jiena, Onah dan Vena (Power Puff Gurls la kunun!!)

Banyak perkara yang perlu diketahui sebenarnyer kalau nak menceburi sukan ni.. Kalau dah kata nak terbang, tentulah keselamatan perlu diutamakan sebelum betul-betul boleh terbang. Kita perlu kenal gadget2nyer terlebih dahulu dan mahir untuk mengendalikan nyer supaya tak panic bila di udara nanti. Dan kita juga tak perlu risau sebab kita boleh pilih saiz parachute ini mengikut berat badan kita S, M, L etc.. tapi pada latihan kitorang ni hanya parachute saiz M je ade, sedangkan kami semua bersaiz S.. huhuhu..Pengsan !!

Safety 1st

Sesi Latihan

Bersama Coach yang giler..eh, giler2 iaitu En Shazwan..

Bagi aku memang sukan ni best giler la.. Walau pun ade sesetengah sukan lasak aku tak minat, tp honestly Paragliding ni memang menyeronokkan. Cuma kita perlu lebih fokus dan mempunyai kekuatan di bahagian tangan dan bahu untuk mengawal parachute ni.

Bagi sesapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sukan paragliding ni bolehlah menghubungi En Shazwan di 019-653 9219 / email: shazwan79@gmail.com atau datang terus ke NEGERI SEMBILAN SPORTS AVIATION CLUB, 517 Jln Haruan 4/6, Oakland Commercial Center, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan..

Selepas sesi paragliding, kami semua berkaraoke maut di Wangsa Maju Walk sehingga tengah malam dan keesokan harinyer masing2 mengadu sakit tangan..huhu…

  • Share/Bookmark

4 Responses to “‘Paragliding’ – Sukan Terbang Helang..”

  • kong:

    cam best jer paragliding ni..tak fobia ke bila dah naik tinggi2?

  • paragliding best lah..
    lg tinggi lg syok..
    :)

  • Tahniah kerana anda telah mencuba. Wan Anita Banun Salleh bekas Pengacara Program Panorama RTM1 mula aktif dengan sukan Paragliding ini melalui Persatuan Luncur Udara Malaysia. Sekarang Wan Anita sekeluarga maish aktif dengan aktiviti Paragliding. Teruskan minat ! Terima Kasih.

  • Julia:

    Terima kasih Orkid Jamilah.. Ye saya pernah diberitahu tentang minat Anita Banun itu.. tp saya masih diperingkat awal. Banyak sangat kene belajar lagi.. =)

Leave a Reply

Thanks for dropping by..

Panorama
Watch me on Panorama every Thursday at 9.30 pm on RTM 1 or watch previous episodes online by clicking the above image.

Join us as a fan of Panorama RTM on Facebook
Panorama RTM @ Facebook

BlogMalaysia.com

Mybakery@niaga2u.com