- Photography Services -IlhamHafizPhotography
OR


TunJulia.com recommends Mozilla Firefox 3 for best viewing this site. Download it now by clicking the button below.

Spread Firefox Affiliate Button

Bila cerita pasal tanah perkuburan, macam-macam perasaan atau reaksi yang akan kita rasa.. ade yang takut, seram, tenang, dan tak kurang juga timbul perasaan insaf. Kalau kita sekali-sekala je pergi ke kubur ni atau datang hanya melawat saja mungkin rasa biasa.. tapi bayangkan kalau kita bekerja di kawasan perkuburan. Hari-hari kesini, gali lubang kubur, masuk lubang kubur dan uruskan banyak mayat dengan bermacam-macam punca kematian.. Dah tentu ‘feel’nyer lain.

Berkenalan dengan En Suhaimi yang bekerja sambilan sebagai penggali kubur dan penjaga kawasan tanah perkuburan Bandar Baru Bangi, memang memberikan aku macam-macam pengajaran. Yerla, mungkin bagi orang lain terutamanya lelaki dah biasa dengan kerja-kerja menggali kubur nih. Tapi perempuan macam aku, kira 1st time jugakla. Kebetulan masa aku dan krew Panorama pergi tanah perkuburan ni, waktu pagi..jadi suasananyer agak sunyi.. Hati lebih mudah tersentuh. Aku berkesempatan temankan en Suhaimi buat kerja gali-menggali ni dari awal sampai habis. Menurut en Suhaimi yang dah 30 tahun mengambil upah menggali kubur, bermacam-macam pengalaman yang pernah dilaluinya. Insaffff sangat bila aku dengar cerita dia. hmmm…Tapi memang respect giler ngan penggali kubur macam ni, kerana mereka bekerja memang secara sukarela. Kerjanya pulak bukanlah senang..memang memerlukan kudrat yang banyak dan kesabaran yang tinggi.. Tak kira panas ke hujan ke siang ke malam ke, tugas perlu dilaksanakan bila tiba masanya. Kalau dapat upah pun berapa sen sangatla. Kadang-kadang, memang takde pun yang membantu. Tulang 4 kerat tu je la yang digunakan. Menurut en Suhaimi, memang apa yang dilakukannyer itu ikhlas kerana Allah. Apatah lagi kalau bab2 membersihkan kawasan kubur.. Memang takde upah pun.. hanyalah pahala.

Tapi aku puji kawasan Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi ni. Sangat sistematik. Mempraktikkan sistem nombor. Selain dari tu lanskapnya juga sangatt cantik. Selesa la bila keluarga nak datang melawat. Mungkin sebab ini tanah perkuburan baru.. kawasan pun besar dan masih bersih. Jadi banyak yang boleh dirancang. Diharap, tempat-tempat lain pun macam tu..

Penggambaran Panorama kali ini lebih simple.. Tapi InsyaAllah akan memberikan banyak info kepada penonton nanti.. Hmm.. aku sedeh giler tengok kubur-kubur baby dan budak2 kecik kat situ.. semoga roh mereka dicucuri rahmat, Aminnn….

*click on image to enlarge

Share

Comments

comments

2 Responses to “Kisah ‘The Undertaker’”

  • Faizal:

    Laaa ingatkan kisah Undertaker yang wrestling WWF tu….hahahaha

  • atoi:

    Rasulullah SAW menyuruh kita supaya sering menziarahi kubur agar kita mengingati kematian yang menanti kita. Pesannya lagi, jangan kamu meratap di tanah perkuburan, jangan meninggikan atau mencantikkan kubur, kerana ini akan menambah seksaan ke atas mayat.

    Macamana dgn kubur sekarang yang dihias catik siap dgn batu marmar lagi?

Leave a Reply

Thanks for dropping by..
Follow Us On Twitter
Me On MeOnYouTube

Panorama
Watch me on Panorama every Wednesday at 9.30 pm on TV1 or watch previous episodes online by clicking the above image.

Join us as a fan of Panorama RTM on Facebook
Panorama RTM @ Facebook


Harmoni Magazine
15-31st December 2013


EH Magazine
December 2013


Mingguan Wanita Magazine
23-30 April 2010