Lintah? Grrr…mesti ramai geli.huhuh. Yang aku tahu, orang yang paling anti kat lintah ni ialah mak aku. Hahaha.. Teringat masa sekolah dulu, aku ikut belia 4B panjat Gunung Bubu kat Kuala Kangsar (oh kampungku…lalala). 3 hari gak la sebab gunung tu boley tahan tingginyer. Time tu musim ujan, gunung tu hutan banat pulak. Paham-paham jer la pacat melambak. Lintah aku tak sure ader ke tak..sebab dah banyak sangat. Mula-mula geli gak la, tapi lama-lama kat gunung aku da tak heran. Pacat dah penuh satu badan, siap naik kepala. Tapi aper yang aku nak tergelak bila aku balik umah, mak aku tak bagi masuk…aku kat pintu boleh dia jerit dari dalam umah dengan muka cuak dia, “Haa…kamu jangan masuk umah lagi!!! Duduk situ, Aku takut pacat!!”…Huhu… aku da la penat baru balik dari bertapa kat gunung nih… aku pikir jugak, aku nak duduk depan pintu tu sampai pukul berapa. so terpaksa la aku masuk ikut dapur terus ke bilik air salin baju. Tapi lepas tu 2-3 hari mak aku tanak dekat ngan aku. Eeee kronik betul mak aku nih. Kata dia lintah ngan pacat memang pantang dia. Wah, macam orang bandar pulak, padahal mak aku asal dari ceruk kampung yang dalam dusun tu. Elektrik pun takde masa dia kecik. Ni aku kompius nih..
Berbalik pada cerita lintah, ramai orang duk bercakap pasal bekam lintah. boleh ubat itu la, ini la. Tapi aku memang tahu yang lintah ni kalau bagi hisap kudis memang kudis cepat baik. Masa raya tahun lepas bapak sedara husband aku dok berdebat pasal benda ni. Katanyer semua tu karut. Dia kata lintah bukannyer bodoh nak hisap darah kotor. Nak dijadikan cerita one day masa aku shopping kat pasaraya NSK selayang, aku tengok ader orang buat promotion bekam lintah. Ramai la try buat bekam tu. Terus aku terpikir, why not aku buat segmen bekam lintah ni untuk program Panorama. Yerla alang-alang dah keje reseacher ni, jadi baik aku find out. Sekali lagi benda ni pun dah dibuat oleh Tv3 untuk program majalah 3 masa tu. Aku tengok di Youtube tapi rasanya tak details sangatla kupasan nyer. Tu yang ramai taktau and tak paham. Aku ni kalau aku buat aku korek betul-betul, sebab aku pun tak tahu, tu yang aku nak tahu. Huhu…
So shooting dibuat di AZR Agro Centre kat Banting. Company ni actually bisnesnyer memang more to agriculture. Sape2 nak ternak cacing ke, lintah ke etc boley la pegi sini. They will train. Azr Agro centre ni jugak adalah tempat bekam lintah yang agak popular. Tempat dia pun nice. Selesa. Disini juga rawatan bekam lintah dibuat secara pakej. Mula dengan urutan untuk lancarkan perjalanan darah, then refleksologi, sauna and bekam lintah. Pakej bermula dari rm150.
Dengan bekam lintah darah kotor dalam badan akan dikeluarkan melalui air liur lintah yang dikenali sebagai salira lintah. Salira lintah ni mengandungi zat anti pembekuan darah yang berfungsi untuk ‘mencairkan’ darah beku sekali gus melancarkan perjalanan darah. Kalau nak tahu, di eropah, bekam lintah digunakan sebagai salah satu rawatan dihospital. Lintah digunakan untuk menghentikan pengaliran darah berlebihan selepas pembedahan. Tak caya pegila operate kat europe. hehe… negara kita je tak buat mcm tu lagi.
Bagusnyer bekam lintah kat AZR Agro centre ni, sebab lintah yang diorang guna tu diorang ternak sendiri. So terjagala pemakanannyer dan terjaminla kebersihannya. Bukan main kutip je tepi sawah tu. AWAS!! Bekam lintah ni tak boleh buat sendiri. Sbb kene tahu pilih jenis lintah, tahu titik darah and macam aku kata tadi biarlah lintah tu bersih dan kita tahu aper yang dimakannyer. Lagi satu kalau bekam dibuat oleh pakar lebih baik la. After bekam, bekas gigitan lintah tu disapu dgn antiseptik etc. So takde la jangkitan kuman pulak lepas tu. Jangan takut bekam lintah ni tak meninggalkan parut macam bekam guna cawan tu. Cepat hilang. Aku sendiri dah cuba. Buat kat muka lagi. Ok je lepas tu. Tapi memang best bila lintah tu hisap darah kat jerawat, aku rasa macam padan muka jerawat tu! Huhu..

With my producer (yang takut lintah..huhu..)
Rawatan Bekam Lintah ni boleh merawat penyakit seperti Migrain, kudis, resdung, kanser payudara, sakit pinggang, gout, strok, kencing manis, darah tinggi dan bayakkk lagi. InsyaAllah….
Untuk maklumat lanjut call la AZR Agro Centre di nombor ni 03-3180 3994 atau lawat laman webnya di www.azragrocentre.com
Dan mak aku masa tengok segmen aku pasal bekam lintah di kat TV, boleh dia kata dia tutup muka sebab geli tengok aku pegang lintah. Hmm…aku masih kompius!!

Interview

with 'pesakit'..
kalau nak try terapi power punya saya rekomen try di bandar baru bangi. boleh tengok kat http://terapibekam.web.com info tentang terapi bekam lintah nie.