- Photography Services -IlhamHafizPhotography
OR


TunJulia.com recommends Mozilla Firefox 3 for best viewing this site. Download it now by clicking the button below.

Spread Firefox Affiliate Button

Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pertamanya gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion) dan keduanya gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance):

Gangguan seksual yang berbentuk ugutan (sexual coercion)

Memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang. Sebagai contoh, di mana seseorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan memberi layanan seksual kepadanya. Jika pekerja bawahan tersebut tunduk kepada kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan dengan pekerjaan akan diperolehi. Sebaliknya pula jika pekerja bawahan berkenaan menolaknya, faedah itu akan dinafikan.

Gangguan seksual berbentuk ancaman kepada ketenteraman peribadi (sexual annoyance)

Tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan faedah-faedah pekerjaan. Walau bagaimanapun tingkahlaku itu menimbulkan suasana kerja tidak tenteram kepada mangsa yang terpaksa dialaminya untuk terus bekerja. Gangguan seksual di antara rakan sekerja adalah termasuk di bawah kategori ini. Begitujuga gangguan oleh pelanggan syarikat terhadap pekerja juga termasuk dalam kategori yang sama.

Adalah penting ditekankan bahawa gangguan seksual bermakna tingkahlaku seksual yang tidak diingini dan tidak disenangi oleh mangsa. Ianya juga satu kelakuan seksual yang dilakukan ke atas penerima tanpa diminta atau dibalas balik oleh penerima.

Bentuk-Bentuk Gangguan Seksual

Gangguan seksual merangkumi pelbagai tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:

gangguan secara lisan:
contohnya: kata-kata, komen, gurauan, usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan     seksual.

gangguan secara isyarat/bukan lisan:
contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.

gangguan visual contohnya: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian bahan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.

gangguan psikologi:
contohnya: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.

gangguan fizikal:

contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.

Cara Mengatasi / Aduan

Cara 1

Dapatkan kepastian jika dipejabat mengguna pakai Tata Amalan Pencegahan dan Pembanterasan Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang dilancarkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada bulan Ogos 1999.

Tata Amalan ini secara amnya mendefinisikan gangguan seksual dan mencadangkan mekanisme dalaman ditubuhkan untuk menangani masalah gangguan seksual ini.

Tata Amalan ini mengkehendaki syarikat-syarikat untuk merumuskan polisi yang melarang gangguan seksual, menubuhkan mekanisme aduan menangani gangguan seksual, lengkap dengan peraturan dan hukuman, menyediakan perlindungan dan langkah-langkah pemulihan kepada mangsa dan mengadakan program pendidikan dan menjadikan pekerja-pekerja terdidik tentang isu gangguan seksual di tempat kerja.

Cara 2

Aduan boleh juga dibuat di Jabatan Buruh. Jabatan ini kemudiannya akan meminta majikan menyiasat aduan tersebut.

Tetapi, kuasanya hanya setakat meminta suatu siasatan dalaman dijalankan atau perjumpaan dengan majikan itu. Jabatan ini tidak berkuasa untuk memaksa majikan mengambil apa-apa tindakan.

Namun, adalah menjadi kebiasaan bahawa mangsa-mangsa gangguan seksual takut untuk membuat aduan kerana bimbang hilang pekerjaan.

Jika diberhentikan kerana membuat aduan, maka kita boleh mengambil tindakan dengan membuat aduan ke Jabatan Perhubungan Perindustrian atas dasar pemecatan yang tidak adil di bawah Akta Perhubungan Perindustrian 1967, seksyen 20.

Pegawai tersebut boleh disaman di bawah undang-undang sivil atas kesalahan tort untuk menuntut gantirugi dan injunksi. Injunksi ialah perintah Mahkamah menghalang pegawai tersebut mendekati sahabat saudari dan jika dia didapati melanggar perintah Mahkamah itu, dia akan dikenakan tindakan menghina Mahkamah.

Cara 3

Jika masih ragu-ragu atau mencari-cari kekuatan untuk bertindak, bolehlah menghubungi persatuan-persatuan wanita seperti AWAM atau WDC yang begitu aktif dan berpengalaman menangani masalah ini. AWAM boleh dihubungi di 03-78774221 dan WDC di 03-77846979 / 77844977.

Sebarang cadangan lain yang mahu dikongsikan, sila la tulis di ruangan komen..=)

Sumber: blog pemuda pas bukit bendera

Share

Comments

comments

9 Responses to “Aduan Gangguan Seksual di tempat kerja ~ Awas Kamu !!”

  • nick:

    nice entry… useful to all women n girls out there…man too… mm i think..

  • hrumm….sy pun pernh kena gak….

    great n3…

    slm kenal dari nabilah.. :)

  • true3.. i agree wth this matters…. kamon.. takkan nk diam jek… kankan….. ape gune undang2 yg ada? tkcre – akak mu!

  • Awasss!!!! kpd sape2 yg cuba nak menggatal tu..

  • Julia:

    Sekadar info untuk kaum wanita.. =)

  • ReD:

    thanx 4 da info ;)

  • ni boleh juga lelaki..
    perempuan sekarang ni pun kekadang menganggu lelaki.
    dorang lebih berani mengusik lelaki..

  • azah:

    Salam..

    Mohon izin Julia untuk saya gunakan ruangan maklumbalas ini untuk satu permintaan.
    Saya sedang mencari mangsa gangguan seksual (terutamanya di tempat kerja) yang berani tampil untuk berkongsi pengalaman dan tindakan yang telah diambil terhadap pelaku bagi pengisian satu slot Seminar Gangguan Seksual yang akan diadakan pada 4 Oktober 2010. Sekiranya Julia / sesiapa yg mnegenali mangsa gangguan seksual dan ‘willing’ untuk berkongsi dan menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan untuk bertindak, mohon hubungi saya di ajah401@yahoo.com. Terima kasih.

  • Opah:

    Saya amat sedih dan simpati terhadap 3 kakitangan wanita bertaraf isteri yang telah membuat aduan dan domestik inquiry telah dijalankan, tapi malangnya keputusan panel tidak menyebelahi mangsa-mangsa gangguan seksual…memandangkan jabatan tidak memandang serius mangsa-mangsa mengambil keputusan membuat lapuran polis..

    Kes ini masih belum diselesaikan, mangsa-mangsa didalam trauma kerana 450 kakitangan sudah mengetahui dan mula berpuak-puak memandang sinis terhadap mereka..saya rasa marah tapi bagaimana saya dapat membantu?

Leave a Reply

Thanks for dropping by..
Follow Us On Twitter
Me On MeOnYouTube

Panorama
Watch me on Panorama every Wednesday at 9.30 pm on TV1 or watch previous episodes online by clicking the above image.

Join us as a fan of Panorama RTM on Facebook
Panorama RTM @ Facebook


Harmoni Magazine
15-31st December 2013


EH Magazine
December 2013


Mingguan Wanita Magazine
23-30 April 2010