- Photography Services -IlhamHafizPhotography
OR


TunJulia.com recommends Mozilla Firefox 3 for best viewing this site. Download it now by clicking the button below.

Spread Firefox Affiliate Button

Pernah terfikir tak macam mane mayat di awet? Sebut saja pasal awet mayat, fikiran kita tentu tertumpu kepada cecair formalin.. Memang semua orang tau pasal tu.. Tapi macam mane nak guna cecair formalin tu? Sapu kat badan mayat ke? rendam mayat dalam cecair tu ke atau.. suntik je cecair tu dalam badan si mati?

Pada zaman dahulu, awet mayat ni sememangnya popular di Mesir dan menjadi salah satu adat serta kemestian bagi mereka. Di zaman itu, garam yang dipanggil Natron digunakan dalam pengawetan mayat. Semua organ dalaman mayat termasuk otak akan dikeluarkan terlebih dahulu. Kemudian mayat tersebut akan direndam ke dalam cecair natron selama beberapa minggu…

Kini, pengawetan mayat sudah semakin moden dan dilakukan untuk beberapa tujuan antaranya penghantaran mayat ke luar negara, memulihkan keadaan mayat yang teruk akibat kemalangan, untuk disimpan beberapa hari bagi memberi peluang ahli keluarga memberi penghormatan terakhir dan sebagainya. Malah ada dikalangan masyarakat kita terutamanya kaum Cina, mengawet mayat ahli keluarga mereka hanya bertujuan supaya wajah si mati nampak lebih segar..

Di Malaysia sebenarnya tak ramai pakar yang benar-benar mahir atau berpengetahuan tinggi tentang ilmu dan cara sebenarnya untuk melakukan proses awet mayat. Setakat belajar mengawet saja tak cukup. Seseorang itu perlu tahu tentang anatomi, fisiologi dan macam-macam lagi. Jika tidak, maka terjadilah masalah seperti mayat cepat berbau, berair, reput lebih awal dan banyak lagi kesan yang tak sempurna. Ini tentunya mengganggu terutama jika membabitkan mayat yang perlu dihantar pulang ke negara asalnya.

Casket Paradise yang terletak di Jalan Dewan Bahasa Kuala Lumpur, merupakan antara pusat pengurusan mayat terbaik di Malaysia yang turut menyediakan perkhidmatan mengawet mayat. Pemiliknya iaitu Mr Peter Lee, seorang juruawet dan jurusolek mayat, mempunyai pengalaman selama 30 tahun dan mempunyai kelulusan dari The Lear College of Mortuary, London dalam bidang ini. Tugasnya bermula apabila mayat dihantar ke Casket Paradise untuk di awet atau disolek. Mayat tersebut akan disuntik dengan bahan pengawet iaitu campuran beberapa bahan kimia seperti ethanol, formalin, phenol, anticoagulant dan glycerine yang diimport dari United Kingdom.

Bagi mayat biasa, bahan pengawet tersebut akan disuntik pada arteri darah di bahagian leher kerana ia lebih besar berbanding di tangan. Namun untuk mayat yang sudah dibedah siasat di hospital, prosesnya lebih rumit. Ini kerana salur darahnya sudah banyak dipotong semasa bedah siasat, maka cecair tidak dapat mengalir keseluruh badan akibat salur darah sudah terputus. Oleh itu, organ dalaman mayat perlu dikeluarkan terlebih dahulu, kemudian 6 titik salur darahnya dikenalpasti satu persatu dan barulah dimasukkan cecair pengawet.

Kebetulan semasa penggambaran Panorama, aku berpeluang melihat proses mengawet mayat untuk kes mayat yang sudah dibedah siasat. Sebaik saja mayat sampai memang aku agak berdebar dan resah. Maklumlah ini bukan mayat biasa. Melihat kesan jahitan di merata tubuhnya akibat dari proses bedah siasat pun dah buat aku ngeri.. Tapi selepas 10 minit, perasan tu reda dan hilang. Aku pun tengok la satu persatu prosesnya dengan tenang. Tapi, bila jahitan badan mayat tu start dibuka semula untuk mengeluarkan organ dalamannya, tiba-tiba satu bau hanyir naik memenuhi ruang bilik.. Aduhhh…baunya aku tak dapat gambarkan. Aku dan producer aku si Panz Firdaus berlari keluar bilik tu sebab dah tak tahan nak muntah. Berair hidung ngan mata!! Nasib baek cameraman cool je boleh tahan.. kalau tak, sape pulak nak shoot scene-scene menarik tu..huhu.. Tapi lepas semua organ dalam badan mayat tu dikeluarkan dan diletakkan dalam beg plastik, barulah bau itu berkurangan…maka aku dan producer aku masukla semula bilik tu untuk sambung kerja…

The Warriors !! Hehehe…

Selepas lebih kurang 2 jam proses pengawetan pun selesai. Mayat dipakaikan baju dan disolek untuk kelihatan lebih berseri. Solekannya hanya basic saja seperti pakai bedak dan lip gloss. Tapi serius, selepas diawet dan disolek, mayat nampak fresh seperti orang sedang tidur je.. Respect gilerrr pada Mr Peter Lim ni. Selain selamba je menguruskan mayat, hasil kerjanya cukup kemas dan yang penting sangat BERSIH !!

Bagi yang nak mendapatkan perkhidmatan serta info tentang Casket Paradise Funeral Care Sdn Bhd ini boleh menghubungi no 03-21484855 /21485776 dan melayari laman web www.casket-paradise.com.my atau datang terus ke alamat 19-B, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur…

Special thanks to Mr Peter Lee, Mr Anthony dan NokLing…Sporting abes!! To the team Panz, Anep, Khuzai dan lain-lain korang memang best!! we did a gud job gang !! Dan paling tak boleh lupa, semasa syok tgh shooting dalam bilik awet mayat tu, tetiba je letrik xde..waaaaaaaaaaaaaaa… satu bilik gelap..dan aku hampir mati akibat ketakutan disitu.. huhuhuhu….

*click on image to enlarge

Share

Comments

comments

6 Responses to “Awet Mayat ~ Kalau tak tahan jangan baca !!”

Leave a Reply

Thanks for dropping by..
Follow Us On Twitter
Me On MeOnYouTube

Panorama
Watch me on Panorama every Wednesday at 9.30 pm on TV1 or watch previous episodes online by clicking the above image.

Join us as a fan of Panorama RTM on Facebook
Panorama RTM @ Facebook


Harmoni Magazine
15-31st December 2013


EH Magazine
December 2013


Mingguan Wanita Magazine
23-30 April 2010