- Photography Services -IlhamHafizPhotography
OR


TunJulia.com recommends Mozilla Firefox 3 for best viewing this site. Download it now by clicking the button below.

Spread Firefox Affiliate Button

Posts Tagged ‘Tomoi’

Tinju Siam, Tomoi, MuayThai, Muay Chaiya, Boxing Siam..tu semua adalah benda yang sama. Mungkin ada gelaran lain lagi, tapi di Malaysia ni, rasanyer orang selalu panggil Tomoi je. Di malaysia seni mempertahankan diri Tomoi ni sangat terkenal di negeri Kedah dan Kelantan. Mungkin sebab pengaruh negeri yang dekat dengan siam kot.

Haa.. rasanya ramai yang tau pasal tomoi ni. Kalau tak tau sangat pun mesti dapat bayangkan macam mane rupanyer.. Saye pulak kalau cakap pasal tomoi, kepala otak saye terus bayangkan filem ‘Beautiful Boxer’ dan ‘Ong Bak’ !! hahaha..owhhh bagi saye Tony Jaa itu sangatla kacak dan gagah ok. hehe.. Ok now saye cerita sikit pasal Tomoi ni… Tomoi adalah seni bela diri yang wujud lebih daripada 2000 tahun yang lampau akibat konflik dan peperangan di Siam. Sekarang ianya dah menjadi sukan gelanggang yang utama di Thailand dan merupakan sebahagian daripada warisan kebanggaan masyarakat Siam. Tomoi banyak menggunakan tangan, siku, kaki dan lutut. Ketangkasan dan kelincahan pemain tomoi ini adalah sangat penting apabila berhadapan dengan lawan. Secara amnya, pemain tomoi ini mempunyai tahap kecerdasan dan ketahanan fizikal yang cukup tinggi.

Posing sakan kat gym !!

Di Kedah contohnya, memang banyakkk sangat tempat untuk belajar Tomoi ni. Salah satu darinya adalah di Langkasuka MuayThai Gym. Bagi saye, latihan Tomoi ni, lain guru lainla skill nyer tapi tetap mempunyai keistimewaan masing-masing. Cuma yang menarik adalah tentang Langkasuka MuayThai Gym ni sendiri. Asalnya kelab ini dikenali sebagai Kelab Tomoi Flat Paya Nahu pada tahun 1999, sebab ia di bina di bawah Flat Paya Nahu tu. Yang specialnya gym ini dibina oleh bekas-bekas penagih dadah..macam gotong-royong buat sama-samalaa. Menurut kata tokeh gym ni, Mr Steven Hiew Wai Keong, tujuan asal dia bina gym ini disini sebab nak membantu anak-anak muda setempat untuk mengurangkan masalah penagihan dadah.. atleast ada aktivti disitu. Tu sebab yuran latihan kat sini pun sangat rendah. Saye secara peribadi rasa inisiatif ni bagus sangat. Tapi sekarang ramai dah orang dari serata Malaysia belajar di gym ni, dan pihak gym menyediakan asrama untuk student-student yang datang dari luar Sungai Petani..bagus kan?? Hmm selain tu Langkasuka MuayThai Gym ni adalah satu-satunya kelab MuayThai di Kedah yang ada Ring sendiri.. =)

owhh dibawah ini bukan lah peninju terkemuka.. beliau hanyelah seorang produser yang bercita-cita tinggi dan berwawasan.. huhu.. tahniahla pd produser saye enchek Jas kerana berjaya membuat aksi ini.. wahahaha..

Kalau nak tau lebih lanjut boleh lah call enchek yang mengajar Tomoi kat gym ni iaitu Madi 6012-4686008 atau surf kat http://www.muaythailangkasuka.com/ atau datang sendiri ke alamat :

BLK C, 00-03, Flat Paya Nahu,
08000 Sungai Petani Kedah, Malaysia.
Enjoy !!

*click on image to enlarge

Share
Thanks for dropping by..
Follow Us On Twitter
Me On MeOnYouTube

Panorama
Watch me on Panorama every Wednesday at 9.30 pm on TV1 or watch previous episodes online by clicking the above image.

Join us as a fan of Panorama RTM on Facebook
Panorama RTM @ Facebook


Harmoni Magazine
15-31st December 2013


EH Magazine
December 2013


Mingguan Wanita Magazine
23-30 April 2010